"SEMUA PERKARA BOLEH DIJEMPUT" 1. Berasa Bercukupan Jika sebelum - TopicsExpress



          

"SEMUA PERKARA BOLEH DIJEMPUT" 1. Berasa Bercukupan Jika sebelum ini mindset saya bersedekah adalah untuk mendapat ganjaran. Namun begitu, setelah dibrainwash, jawapan untuk bersedekah adalah kerana kecukupan. Memberi kerana merasa cukup dengan rezeki yang Allah beri. Apabila kita memberi kerana berasa bercukupan, ia bermakna kita telah memberitahu alam semesta bahawa; "Aku kaya. Aku ada harta yang berlimpahan dari-Nya Yang Maha Kaya” 2. Ikhlas Memberi Kerana Allah Ada kisah daripada seorang ustaz. Beliau adalah penghafal Al Quran yang telah mengajar ribuan anak murid di dalam dan luar negara. Beliau adalah antara pendakwah aktif. Pada umur 20-an, perniagaan yang beliau jalankan bukan sekadar dalam negara, malah luar negara. Beliau berkolaborasi dengan syarikat berjenama gergasi dalam diam. Pada bulan Ramadhan, beliau menjelajah dunia mengimamkan ribuan jemaah. Subhanallah. Ketika beliau dalam proses membina kredibiliti sebagai imam, beliau pernah mengajar sekumpulan anak murid sekolah rendah. Beliau terpaksa tidur di surau tempat beliau mengajar anak-anak muridnya. Adakalanya, mereka akan tidur di surau itu untuk menemankan ustaz itu. Pada tiap hari, anak-anak muridnya akan mengajak beliau belanja makan Chicken Chop. Walau ketika itu, pendapatan ustaz itu dalam proses meningkat, beliau tetap belanja anak-anak muridnya. Kata beliau;“Mereka mengajar saya erti tawakal kepada Allah.”Apa yang beliau praktikkan ketika itu adalah, memberi, ikhlas kerana Allah. Beliau pasrahkan kepada Allah tahap kewangan sedia ada. Beliau berkongsi,“Andai nilai pendapatan saya dan perbelanjaan Chicken Chop untuk budak-budak itu, barangkali ia tidak cukup. Tetapi dengan izin Allah, saya tidak tahu bagaimana duit sentiasa ada. Saya jarang tengok amaun dalam akaun bank saya. Tahu-tahu duit dah ada.” Alhamdullillah. Amen. 3. Istighfar Antara faktor rezeki ‘blackout’, ia adalah kerana dosa yang sentiasa berterusan. Solusinya adalah istighfar. Sinergikan energi istighfar dengan diri kita. Amalkan 300x sehari dengan konsisten.“Apabila kita beristighfar, energi akan mengalir. Apabila kita berhenti, energi akan berhenti. “Kuasa Istighfar Memaksa Rezeki Masuk” Antara cara untuk memaksa rezeki masuk adalah dengan istighfar. Ia selari dengan hadis di bawah; “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a) 4. Solat sunat taubat Selama ini yang saya tahu dan suka solat sunat tahajjud, istiharah, hajat dan duha. Rupa2 saya lupa satu solat sunat yang merupakan kunci pembuka kepada semua solat sunat tadi. Masyallah. Amalkan solat sunat taubat dulu.. minta ampun dan bertaubatlah atas dosa2 kita kepada Allah terlebih dahulu, insyha allah, sepantas kilat Allah makbulkan doa dan hajat kita semua. Amen. Tiap perkara adalah proses.“Keep it slow and steady ”Praktik secara berterusan. Istiqomah.. InsyaLlah, Allah bukakan jalan. MARI SAMA-SAMA KITA SEMUA AMALKAN.
Posted on: Wed, 28 Aug 2013 01:39:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015