SILAP MATA APA HUKUMNYA? Persembahan Silap Mata: Apa - TopicsExpress



          

SILAP MATA APA HUKUMNYA? Persembahan Silap Mata: Apa Hukumnya? Assalamualaikum wbh. Berikutan artikel penulis yang lepas yang membicarakan tentang perbezaan di antara sihir, karamah dan mukjizat, penulis telah mendapat maklum balas dari seorang pembaca, yang bertanyakan penulis berkenaan hukum melihat persembahan silap mata. Ini kerana kebanyakan persembahan ini adakalanya melampaui lojik akal, sehinggakan kita terfikir bahawa persembahan mereka ada menggunakan bantuan dari jin. Jikalau begitu, apa hukum melihatnya, kerana hukum melawati bomoh adalah haram? Bagi menjawab soalan ini, penulis akan mengupas serba-sedikit satu persatu berkenaan fenomena-fenomena yang dikira aneh, kerana untuk merangkumkan sekaligus ‘hukum melihat silap mata adalah haram’, adalah keputusan yang tidak cermat dan teliti pada mata penulis. Berikut penulis mengupas dengan lebih lanjut, serta hukum salah satunya, Wallahu taala a’lam. 1) Silap mata. Merupakan kaedah yang digunakan oleh majoriti ahli silap mata masakini. Pada dasarnya mata kasar kita akan melihat sesuatu itu sebagai perkara luar kebiasaan, namun jika diperhatikan dengan lebih teliti, atau dihuraikan oleh sesetengah program televisyen tentang muslihat mereka dalam melakukannya, perkara tersebut cumalah ilusi yang dibayangi gerak tangan yang pantas, alat-alatan khas serta latihan yang mengambil masa bertahun-tahun. Persembahan jenis ini cumalah sekadar hiburan semata, maka penulis tidak memandang hal ini sebagai haram, kerana segala persembahannya didasarkan pada hukum fizik yang nyata. Cuma sahaja kita tidak tahu bagaimana perlaksanaannya. 2) Psikokenises Keupayaan menggerakkan bahan-bahan atau objek dengan menggunakan kuasa minda. Perkara ini merupakan perkara nyata yang sememangnya mungkin dilakukan, cuma sahaja bukan semua orang yang mampu melakukannya. Malahan di dalam jurnal-jurnal sains moden dan juga kajian psikologi moden juga ada menyebut dan melaporkan tentang fenomena ini. Sebagaimana hipnosis (akan diterangkan selepas ini) itu mungkin terjadi, begitulah juga halnya dengan psikokinesis. Cuma sahaja masalahnya ialah, kita tidak mempunyai cara yang khas untuk membezakan manakah satu psikokinesis, dan mana satu menggerakkan bahan dengan minda, dan apabila keadaan ini terjadi, hukumnya bergantung pada niat kita yang asal. Penulis akan menerangkan dengan lebih lanjut di bawah. 3) Hipnosis Juga dikenali sebagai ilmu pukau, cuma hipnosis, seperti psikokinesis menggunkan minda, bukan sihir. Namun beberapa masalah yang timbul di dalam hipnosis ialah, 1) bukan semua orang boleh dihipnosis dan dihantar ke minda separa sedar, dan 2) kata-kata yang diucapkan oleh orang yang di dalam hipnosis tidak boleh dibezakan samada ianya datang dari memori di dalam otak, ataupun hasil imaginasi yang dihipnosis itu sendiri. Kerana itu hipnosis tidak boleh dijadikan kaedah penyiasatan atau perubatan, hanya sahaja sekadar hiburan. Sama dengan psikonesis, penulis memandang tidak menjadi masalah jikalau melihat persembahan hipnosis. Apatah lagi kebanyakan program ini hanyalah pembohongan semata sekadar hiburan. 4) Telekinesis Kemampuan untuk berhubung melalui minda, dan ini juga bukanlah suatu khayalan. Banyak eksperimen yang dimasukkan secara rasmi di dalam jurnal-jurnal psikologi yang melaporkan fenomena ini dengan jelas. Antara eksperimen ini pernah dilihat penulis sendiri, yang berlaku di antara dua kembar seiras. Si abang diletakkan di dapur dan dihempaskan pinggan mangkuk di telinganya, dan si adik yang diletakkan di loteng dan ditutup dan telinganya dengan kemas, turut tersentak sebagaiman si abang tersentak di dapur! Kita tidak dapat menerangkan bagaimana semua ini boleh terjadi, lantaran kita tidak tahu secara mendalam tentang persoalan berkenaan roh, dan sejauh mana roh itu saling berkaitan di antara satu sama lain. Samalah halnya dengan naluri seorang ibu yang biasa kita dengar. Bagaimana si ibu boleh mengetahui anaknya di dalam bahaya, adalah fenomena yang nyata, cuma tidak dapat kita jelaskan bagaimana. Ini juga tidak membawa kepada syirik jika menontonnya. 5) Al-Ain (Evil eye) Juga merupakan salah satu fenomena luar kebiasaan. Al-ain merupakan perkara yang sudah wujud sejak zaman Rasulullah saw. Al-ain berlaku apabila seseorang yang penuh hasad dengki di dalam hatinya, melihat kepada sesuatu yang dia sangat berasa dengki terhadapnya, maka syaitan mampu menggunkan pandangan buruknya itu untuk memberikan mudarat kepada orang yang didengkinya. 6) Sihir yang nyata Perkara ini tidak perlu diterangkan dengan lebih lanjut. Persembahan ahli silap mata yang melampaui akal, seperti menukar air menjadi air batu, menukar air menjadi wang kertas, terbang dengan jauh dan berbagai-bagai lagi. Ini secara majoritinya adalah persembahan yang menggunakan bantuan jin, sama seperti bomoh. Cuma sahaja, penulis tidak berani untuk mengatakan persembahan seperti ini membawa kepada syirik jika menontonnya, kerana niat orang yang menontonnya tidak sama dengan niat orang yang meminta bantuan bomoh. Perbezaan mereka:- i) Orang yang memohon bantuan bomoh, secara jelas meminta pertolongan si bomoh di dalam sesuatu hal yang melibatkan perkara ghaib, seperti ingin mengetahui siapa yang menganiayai dirinya, ingin kekal cantik dan kacak melalui susuk, ingin menyembuhkan oenyakit badan dengan kaedah-kaedah ghaib, ingin mengenakan ilmu pukau dengan bantuan jin, untuk senang mencuri rumah seseorang, ingin ilmu kebal, ilmu pengasih, dan bermacam-macam lagi yang selalu kita dengari di dalam masyarakat kita. Memohon bantuan bomoh, adalah memohon bantuan jin, dan memohon bantuan jin adalah memohon bantuan yang ghaib selain Yang Maha Ghaib, dan memohon bantuan yang ghaib selain Allah adalah syirik. Kerana itulah kita katakan haram menziarahi bomoh. Apalagi tambah dengan hadis Rasulullah saw, “Barangsiapa yang menziarahi bomoh/tukang tilik, maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad”. ii) Adapun melihat kepada persembahan silap mata, itu penulis tidak memandangnya sebagai syirik, kerana segalanya adalah sekadar hiburan semata, tambahan pula sebagaimana yang penulis nyatakan di atas, 99% persembahan ini menggunakan helah dan kepantasan gerak tangan, bukan sihir. Adapun persembahan yang kita syaki menggunakan sihir, itu kita tidak pasti dengan seratus-peratus bahawa ianya sihir, bahkan sampai suatu masa ianya terbongkar. Seperti halnya dengan David Blaine yang menggunakan rokok untuk menembusi duit syiling, menghidupkan lalat mati dan sebagainya, dan juga Chris Angel yang berjalan di atas air. Pada awalnya semua dari kita menyangkanya sihir, namun segalanya tipu helah sahaja. Oleh itu paling berat sekalipun penulis akan meletakkan hukum menyaksikan persembahan-persembahan sebegini sebagai makruh, kerana amnya dikhuatiri anak-anak Muslim akan terpengaruh dan berasa kagum dengan kebolehan mereka, lantas menganggap sihir itu sesuatu yang menakjubkan dan seronok dipelajari. Kekeliruan inilah yang kita risaukan, dan kerana itu penulis meletakkannya sebagai makruh, tidak haram tetapi tidak juga digalakkan. Wallahua’alam. Begitu sahaja yang dapat difikirkan penulis bagi menjawab soalan tersebut, mudah-mudahan ianya bertepatan dengan kehendak Allah swt. Dan Allah Mengetahui yang sebaik
Posted on: Fri, 14 Feb 2014 05:37:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015