SLE adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan - TopicsExpress



          

SLE adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh dan kadangkala penyakit ini boleh membawa maut. Kebiasaannya, sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma tersebut. Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza. Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan pertama. Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza.
Posted on: Thu, 12 Sep 2013 14:57:02 +0000

Trending Topics



,Why discuss UK while there a lot
عزيزتي البنت يلي بتحطي سطل مكياج و

Recently Viewed Topics




© 2015