SOALAN TARGET MUDAH SEDERHANA BAB 1 PENGGAL 1 BAHAGIAN A 1 - TopicsExpress



          

SOALAN TARGET MUDAH SEDERHANA BAB 1 PENGGAL 1 BAHAGIAN A 1 Nyatakan empat kepentingan modal bagi sesebuah perniagaan. 2 Bezakan antara organisasi perniagaan dengan organisasi bukan perniagaan. 3 Berikan lima ciri perniagaan masa depan. 4 Terangkan lima sumbangan perniagaan berasaskan pemasaran tayar kepada negara Malaysia. 5 Jelaskan tiga keadaan bagaimanakah persekitaran ekonomi sesebuah negara boleh mempengaruhi perkembangan sesebuah perniagaan. 6 Jelaskan pengaruh persekitaran politik dan perundangan terhadap sesebuah organisasi perniagaan. 7 Apakah maksud persekitaran sosiobudaya. Jelaskan bagaimana komponen persekitaran ini mempengaruhi perniagaan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. 8 Nyatakan alasan anda mengapa persekitaran umum di Malaysia sesuai untuk melancarkan produk baharu dalam pasaran. 9 Bezakan entiti perniagaan tunggal, syarikat dan koperasi dari aspek perundangan. 10 Terangkan risiko yang bakal ditanggung oleh pemilik perniagaan jenis milikan tunggal. 11 Nyatakan mengapa entiti perniagaan berbentuk keempunyaan tunggal dianggap sesuai bagi perusahaan kecil. 12 Berikan tiga kelebihan perkongsian dan tiga kelemahan perkongsian 13 Terangkan tiga kelebihan syarikat berbanding dengan perkongsian 14 Senaraikan aktiviti-aktivi ti perniagaan berbentuk pengeluaran dan perkhidmatan 15 Huraikan bagaimana proses tambah nilai berlaku dalam industri perabot kayu getah. 16 Berikan empat kebaikan sesebuah perniagaan itu melibatkan diri di pasaran antarabangsa.
Posted on: Sun, 17 Nov 2013 15:49:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015