SUATU RENUNGAN SELEPAS DHUHA: APA DAH JADI ALAM MAYA PENGGANTI - TopicsExpress



          

SUATU RENUNGAN SELEPAS DHUHA: APA DAH JADI ALAM MAYA PENGGANTI DIRI KEMBALI ke kampung halaman dua hari lepas tidak terlepas daripada masalah kesesakan jalan raya sebagaimana dirasakan di ibu negara. Benarlah kata mantan KP JPJ Datuk Solah Mat Hassan ketika bersembang sebelum ini bahawa tidak bermakna balik raya di kampung jika asyik memerap dalam rumah kerana tidak dapat menziarah keluarga disebabkan kesesakan jalan di sana sini pada musim perayaan. Ini katanya, akibat kenderaan bertambah sedangkan jalan tidak berubah. Aliran kenderaan anak perantauan balik kampung bertali arus. Lalu beliau mencadangkan pihak berkuasa kerajaan tempatan membuat perancangan jangka panjang bagi mengatasi kesesakan jalan raya saban tahun. Ini termasuk mewujudkan jalan-jalan alternatif, persimpangan bertingkat (fly over) dan sebagainya. Bagi saya pula jika ini tidak dapat diatasi tidak mustahil suatu masa nanti keluarga atau sahabat handai akan berintraksi atau berkomunikasi sesama mereka secara alam maya sama ada melalui fb, menelefon, SMS dan sebagainya. Malah pada masa inipun sudah banyak diperhatikan trend di kalangan kita menjemput seseorang menghadiri kenduri melalui SMS, telefon, malah ada yabg hanya mampu mengucapkan "al-fatihah" melalui fb dan sms apabila menerima berita kematian saudara mara dan kenalan terdekat. SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN....
Posted on: Tue, 06 Aug 2013 03:45:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015