Sabah adalah negeri yang unik dari pandang sisi demografi - TopicsExpress



          

Sabah adalah negeri yang unik dari pandang sisi demografi kependudukan dan agamanya. Menurut angka Jabatan Statistik Malaysia 2010, 65.4% penduduk Sabah beragama Islam, 26.6% adalah Kristian, 6.1% Budhha, 1.6% lain-lain dan 0.3% tidak beragama (pagan). 50 tahun sebelum itu, komposisi umat Islam hanyalah sekitar 37.9% dan Kristian 16.6%. Selebihnya adalah fahaman animisme (pagan). - Rujuk: Religion and Socities: Asia and the Middle East. Peningkatan ini antara lain disebabkan oleh dasar pengislaman yang agresif oleh Tun Mustapha melalui USNO dan USIA sekitar 1969-1975. Dan disusuli dengan pindaan perlembagaan Sabah iaitu Islam sebagai agama rasmi tahun 1973. - Rujuk: Federal-state relations in Sabah, Malaysia: The Berjaya Administration. Skala lonjakan angka peratusan selama 50 tahun tersebut perlu ditanggapi dengan fakta dan bukannya menggunakan sentimen semata. Ini penting agar hubungan antara kaum dan agama sentiasa menjadi prioriti utama.
Posted on: Thu, 10 Oct 2013 00:43:31 +0000

Trending Topics



ww.topicsexpress.com/Ok-here-we-go-AGAIN-My-son-posted-a-jokingly-statement-about-topic-10205910199462222">Ok, here we go AGAIN... My son posted a jokingly statement about

Recently Viewed Topics




© 2015