Sahabat dan Rakan rakan 10 Yang Perlu di Atasi Ketika - TopicsExpress



          

Sahabat dan Rakan rakan 10 Yang Perlu di Atasi Ketika Ramadhan. 1. Tidak sahur. Puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong. 2. Sahur terlalu awal Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper. 3. Terlebih tidur Lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi tidak boleh terlalu banyak. 4. Berbuka secara buffet Ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Sepatutnya solat sunat Tarawikh... 5. Membazar hingga membazir. Lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. 6. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan. Bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal 7. Solat tarawih tapi tak qiamullail pada Lailatul Qadar Rasulullah SAW setiap malam struggle untuk cari Lailatul Qadar. Pahala bonus 1000 bulan tu. 8. Puasa tapi tak solat. Pahala puasa pending, sebab tak solat. 9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu. Bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. 10. Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan. Ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan. TQ Fikir fikirkan Ramadhan 2
Posted on: Thu, 11 Jul 2013 02:37:42 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015