Salam Sejahtera, Cardas Research & Consulting Sdn Bhd merupakan - TopicsExpress



          

Salam Sejahtera, Cardas Research & Consulting Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat penyelidikan pemasaran yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Kami sedang menjalankan satu penyelidikan mengenai gaya hidup individu. Oleh itu, kami ingin mencari sekumpulan peserta yang berminat untuk menyertai Focus Group Discussion (FGD) bagi tujuan diatas. Kriteria yang kami cari ialah: 1. Suri rumah, bekerja sendiri. 2. Umur : 17 tahun hingga 45 tahun 3. Menetap : Lembah Klang 4. Tarikh: 5 & 6 Julai 2013 5. Tempat: Kelana Jaya, Selangor Di akhir sesi perbincangan, setiap peserta akan menerima wang tunai RM150 sebagai tanda penghargaan diatas kesudian menyertai perbincangan ini. Butiran-butiran yang dikehendaki adalah seperti yang berikut: • Nama • Umur • Jantina • Bangsa • Tempat tinggal (Lembah Klang) • Nombor telefon • Pekerjaan Sila hantar maklumat mereka yang berminat kepada [email protected] / [email protected] atau hubungi kami di talian 03-7801 0688 / 016-2163 972 dalam kadar yang segera selewat-lewatnya pada 28 Jun 2013. Anda hendaklah memastikan bahawa anda mempunyai kelapangan waktu pada 5-6 Julai sebelum menghantar permohonan. Dengan ini kami berharap agar anda boleh memberikan maklumat kawan-kawan atau saudara-mara (dengan pengetahuan mereka) yang berminat dan menepati kriteria-kriteria seperti yang ditetapkan. Anda akan dibayar RM20 bagi setiap peserta yang layak, terpilih dan menghadiri perbincangan ini. Anda juga haruslah memaklumkan terlebih dahulu kepada mereka bahawa kami akan menghubungi untuk bagi tujuan yang berikut. Terima kasih. Nota: Focus group adalah satu kumpulan perbincangan yang biasanya akan diadakan selama 2 jam. Anda bersama 9 peserta yang lain (yang mempunyai latar belakang yang hampir sama dengan anda) akan berada dalam satu bilik mesyuarat di mana seorang moderator focus group akan mengetuai perbincangan tersebut. Di sini, anda akan berbincang serta bertukar - tukar pendapat sesama peserta lain dan memberikan maklum balas anda terhadap topik tersebut. *Nota Tambahan : 1. Sekiranya anda tidak menerima sebarang panggilan daripada kami sebelum 4 Julai 2013 bermaksud anda tidak terpilih untuk menyertai perbincangan ini. 2. Anda akan menerima beberapa panggilan daripada kami untuk mendapatkan maklumat mengenai diri anda sebelum pemilihan terakhir dilakukan. 3. Jika anda terpilih, and akan menerima email pengesahan daripada kami yang mengandungi tarikh, masa dan tempat untuk perbincangan diadakan. Peserta yang terpilih dikehendaki membawa bersama salinan email pengesahan tersebut sebagai bukti sewaktu menghadiri focus group discussion tersebut.
Posted on: Wed, 26 Jun 2013 07:40:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015