Salam untuk semua rakan FB... Dalam bahang pemilihan - TopicsExpress



          

Salam untuk semua rakan FB... Dalam bahang pemilihan UMNO.Bahagian Kemaman yg agak panas kini, sana sini semua org berckp soal calon dan berlaku perebutan jawatan utama. Dan selama lebih 20 tahun terlibat secara langsung atau tidak langsung sbg pemerhati politik di sini dan sentiasa melaporkn pelbagai perkembangan politik, kini dilihat seolah olah berlaku satu transfomasi besar dalam bahagian ini.. Mana tidaknya, dalam organisasi ini kesemua jawatan utama bermula dari Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri telah di cabar dan akan berlaku pertandingan. Situasi ini tidak seharusnya wujud dalam keadaan sekarang. Apatah lagi jika kita bercakap soal perpaduan dan kekuatan dalam parti..Apakah asas ini boleh menjadi kayu pengukur atau benchmarking utk UMNO Kemaman mewujudkan satu batalion yg cukup kuat bagi menghadapi PRU 14 nti? Dalam usaha parti pembangkang tercari cari kelemahan kita, akhirnya kita sendiri yg mempamerkan kelemahan itu yg boleh menjadi aset penting utk mereka menyerang kita dlm PRU 14 nanti.. Apa pandangan rakan rakan ahli politik dalam soal ini? Mari kita bahaskan secara profesional dan bkn emosional agar ianya dapat membantu semua ahli parti membuat pemilihan yang tepat demi kelangsungan dan kekuatan kubu kuat UMNO Kemaman pada masa hadapan...
Posted on: Wed, 25 Sep 2013 00:21:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015