Sambungan jajaran LRT dijangka lewat Kuala Lumpur: Projek - TopicsExpress



          

Sambungan jajaran LRT dijangka lewat Kuala Lumpur: Projek penyambungan jajaran transit aliran ringan (LRT) Laluan Ampang dan Kelana Jaya dijangka mengalami kelewatan berikutan masih ditahap pembinaan 41.5 peratus berbanding jadual asal yang sepatutnya mencecah 66.31 peratus, Ogos lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, status kemajuan bagi projek berkenaan lewat 19.8 peratus disebabkan beberapa masalah termasuk penemuan kabel serta paip bawah tanah yang perlu dipindahkan. “Begitupun, projek berkenaan dijangka siap pada suku pertama 2016,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Utara). Tony Pua meminta penjelasan mengenai kedudukan terkini projek penyelenggaraan LRT Ampang dan Kelana Jaya, tarikh siap serta kelewatan dialami. Selain masalah teknikal, Najib berkata, kelewatan juga disebabkan kesukaran mendapatkan maklumat tepat berhubung kedudukan kabel dan paip bawah tanah, pertukaran reka bentuk struktur sokongan mengikut kesesuaian dan keadaan sebenar tanah serta faktor geologi di kawasan pembinaan. “Sehubungan itu, kelewatan tarikh siap membolehkan masalah teknikal dikenal pasti dan diatasi untuk keselamatan pengguna nanti,” katanya. Pada masa ini katanya, kerja pembinaan giat dilaksanakan termasuk kerja sivil seperti penanaman cerucuk, pembinaan stesen dan pembinaan landasan jajaran. “Kos asal pembinaan projek penyambungan jajaran LRT bagi kedua-dua laluan berkenaan masih lagi kekal sebanyak RM8 bilion,” katanya.HM
Posted on: Tue, 01 Oct 2013 06:31:18 +0000

Trending Topics



margin-left:0px; min-height:30px;"> These are the other images from Carmen - Russian Seasons of XXIc,

Recently Viewed Topics




© 2015