Sampai Bila Rakyat Akan Terus Hidup Bergelut Bahaya Dan - TopicsExpress



          

Sampai Bila Rakyat Akan Terus Hidup Bergelut Bahaya Dan Maut? SHARE THIS Add to Delicious Share on FriendFeed Digg submit to reddit TAGS Oleh: Dr Azman Ibrahim Dari Bandar Permaisuri Setiu memasuki simpang menuju ke Ulu Seladang terdapat sebuah kampung dengan nama yang begitu sedap disebut dan didengar, Kampung Sri Bayas. Didiami kira-kira 50 keluarga di mana 99% dari mereka adalah ahli dan penyokong Umno. Dari segi lokaliti Unit Peti Undi (UPU) mengikut istilah PAS atau Pusat Daerah Mengundi (PDM) mengikut istilah Umno, Kampung Sri Bayas terletak di dalam UPU Kampung Besut, DUN Permaisuri. Menariknya semenjak UPU Kampung Besut diwujudkan sekitar tahun 70 an sehinggalah Pilihanraya Umum ke 13 lalu, PAS tak pernah kalah di UPU Kampung Besut ini walaupun Umno/BN berakar teguh di Kampung Sri Bayas. Menuju ke kampong ini, perjalanan perlu melalui jambatan melintasi Sungai Setiu dengan keluasannya lebih kurang jarak 2 batang tiang elektrik. Perlu dimaklumi bahawa jalan masuk yang melalui kampong ini adalah jalan mati dengan hujungnya di Kampung Ulu Seladang, Permaisuri. Menjelang musim tengkujuh, hujan yang turun mencurah-curah biasanya menghadirkan kebimbangan kepada penduduk dan mereka dengan mudah terputus hubungan dengan dunia luar kerana jambatan yang melintasi Sungai Setiu ini merupakan satu-satunya laluan membolehkan mereka keluar dari kampung. Malangnya kerana kedudukan jambatan ini pada paras yang sangat rendah, walaupun sebenarnya musim tengkujuh belum lagi bermula dengan ketara, cuma sekadar hujan yang turun agak lebat untuk suatu jangka waktu sekitar sehari dua, ianya sudah cukup untuk menenggelamkan jambatan ini dengan arus sungai yang agak deras. Tiada pilihan lain kecuali penduduk perlu mengambil risiko keselamatan untuk tetap melalui jambatan yang telah ditenggelami air walaupun sedar akan bahayanya tetapi mereka tidak mempunyai pilihan lain. Walaupun menyedari penduduknya adalah Umno tulin, saya mengambil tanggungjawab bersama untuk membantu menyuarakan perkara ini agar pihak berwajib boleh memikirkan suatu langkah supaya bahaya yang diharungi penduduk saban tahun tidak lagi menjadi igauan kepada mereka. Apatah lagi, kita mula memerhatikan arus perubahan pemikiran yang mula berlaku kepada anak-anak muda kampung ini yang merantau mencari rezeki di luar sana. Walaupun lokasi kampung mereka melalui jalan mati tetapi kita yakin, tiada siapa yang mampu menyekat momentum kesedaran yang mula berlaku di kalangan mereka. Artikel ini juga saya tulis berdasarkan permintaan seorang anak jati kampung ini yang belum bersedia untuk dikenali umum. *** Dr Azman Ibrahim adalah Ketua Penerangan PAS Kawasan Setiu
Posted on: Mon, 02 Dec 2013 13:11:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015