Saranan Multaqa Ulamak Se-Malaysia anjuran Dewan Ulamak PAS Pusat - TopicsExpress



          

Saranan Multaqa Ulamak Se-Malaysia anjuran Dewan Ulamak PAS Pusat harini agar PAS menyemak kembali Tahaaluf Siyaasi dengan PR khususnya PKR adalah suatu yang wajar bagi sebuah organisasi besar seperti PAS. Tahaaluf Siyaasi adalah strategi yang diambil untuk mencapai matlamat kemenangan politik untuk PAS. Setiap strategi perlu disemak dari semasa ke semasa untuk dinilai tahap kejayaan dan kegagalannya. Sekiranya strategi berjaya mencapai matlamat kejayaan maka ia perlu diteruskan atau dengan penambahbaikan.Sekiranya ia gagal mencapai matlamat maka strategi baru diperlukan. Menyemak Tahaaluf Siyaasi dengan PR atau PKR sahaja pula tak bererti bersama dengan UMNO atau BN atas nama Kerajaan Perpaduan dan sebagainya. Ia adalah 2 perkara yang berbeza. Di saat bunga-bunga Kerajaan Perpaduan antara PR dan BN pasca pru ke 13 cuba dilontarkan oleh pihak-pihak tertentu - sekiranya ia menjadi kenyataan- saya yakin Dewan Ulamak PAS Pusat akan mencadangkan untuk PAS bersedia menjadi pembangkang yang kuat walaupun bersendirian untuk lonjakan kemenangan politik pru ke 14. PAS menolak UMNO dan BN kerana dasar pemerintahannya yang tidak berasaskan Islam. Maka perjuangan menegakkan dasar Islam dalam pentadbiran negara perlu diteruskan walaupun bersendirian. Dewan Himpunan Penyokong PAS perlu diperkasakan untuk menyebarluaskan lagi sokongan bukan Islam kepada PAS
Posted on: Sat, 14 Sep 2013 15:58:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015