Saranan dan Nasihat PMRAM Oleh yang demikian, kita PMRAM - TopicsExpress



          

Saranan dan Nasihat PMRAM Oleh yang demikian, kita PMRAM mengharapkan agar pelajar membuat pilihan yang terbaik bagi masa depan mereka dengan membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam membuat keputusan sama ada akan kembali semula ke Mesir dalam waktu terdekat atau ditangguhkan ke waktu yang lain atau menyambung pengajian mereka di universiti-universiti tempatan sebagaimana yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia. Kita PMRAM sentiasa bersedia untuk memberi pandangan dan lontaran idea serta nasihat kepada para pelajar bagi membantu mereka membuat penilaian dan pertimbangan sebelum memutuskan sesuatu keputusan berkaitan masa depan akademik dan pengajian mereka di sini. Apa yang kita inginkan adalah mahasiswa dan mahasiswi sedar akan tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan oleh mereka walau di mana sahaja mereka belajar. Manakala kepada para ibubapa yang risau, bimbang serta terkesan terhadap situasi Mesir yang dipaparkan oleh media tempatan melalui paparan skrin televisyen mahupun akhbar agar meneliti berita tersebut dan seelok-eloknya meminta penjelasan berkaitan situasi Mesir melalui anak mereka sendiri ataupun pelajar yang tinggal di Mesir supaya mereka lebih memahami realiti sebenar keadaan penempatan dan tahap keselamatan pelajar Malaysia di sini dengan lebih tepat. Kita PMRAM sentiasa mendoakan yang terbaik buat seluruh pelajar Malaysia di Bumi Mesir ini. Buatlah pilihan yang terbaik kerana pilihan itu di tangan anda. Anda yang akan menentukan masa depan anda. "MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"
Posted on: Sun, 08 Sep 2013 13:50:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015