Satu Perkongsian: Himpunan kisah kejayaan sekolah, ibu bapa dan - TopicsExpress



          

Satu Perkongsian: Himpunan kisah kejayaan sekolah, ibu bapa dan pendidik meneroka potensi terbesar setiap kanak-kanak dalam mengaplikasikan Prinsip 7 Habits. The Leader In Me ditulis oleh penulis bestseller The 7 Habits of Highly effective People iaitu Stephen R. Covey. Pam Almond, Guru Tadika, Sekolah A.B. Combs Elementary, Raleigh, Carolina Utara, USA: “ Mengajar kemahiran kepimpinan dan 7 habits ini mengubah diri saya sebagai guru, ibu dan isteri. Ia membantu saya menguruskan hidup dengan lebih teratur. Selain itu ia meletakkan prioriti dan memfokuskan apa yang lebih penting. Saya rasa sudah menjadi guru yang lebih baik kerana saya tidak hanya mengajar muriod saya membaca, menulis dan mengira. Itu semua subjek penting , tetapi yang lebih penting lagi adalah belajar mengenai terdapat orang yang mengambil berta tentang mereka dan sedar mereka itu istimewa. Ia bukan akademik atau markah ujian semata-mata, ia adalah mereka yang sebenar, bagaimana mereka berkelakuan dan menggunakan karekter mereka hari ini. Ini bermakna Pam Almond, Guru Tadika, Sekolah A.B. Combs Elementary, Raleigh, Carolina Utara, USA telah dapat mengaplikasi Prinsip 7 Habits tersebut: 1 Jadi Proaktif: Bertanggungjawab, mengakui kesilapan, tidak memberikan alasan ataupun menyalahkan orang lain, menunjukkan inisiatif dan sentiasa mengawal emosi. 2 Mula dengan Matlamat Di Minda: Mempunyai impian, perancangan dalam hidup atau dalam sebarang projek yang diusakan dan fokus bagi memberikan sumbangan yang bermakna. 3 Utamakan Perkara Penting Dahulu: Memfokuskan tenaga kepada perkara penting dahulu, mengelakkan daripada membuang masa, meluangkan masabagi kegiatan merancang dan rekreasi serta menolak perkara yang menghalang mereka daripada melakukan yang terbaik. 4 Fikir Menang-Menang: Berani memperjuangkan pendapat sendiri dan pada masa yang sama menghormati pandangan orang lain, mencari manfaat bersama dan menolak situasi yang boleh menyakiti sesiapa. 5 Usaha Untuk Memahami Dahulu Kemudian Untuk Difahami: Mendengar dan memahami perasaan orang lain, tidak buruk sangka, berfikiran terbuka dan pandai menjelaskan diri sendiri dengan yakin. 6 Bersinergi: Bekerjasama dengan orang lain, pandai mengoptimumkan bakat orang lain, mecari pihan ketiga, menguruskan konflik, kreatif dan menghargai kelebihan orang lain. 7 Tajamkan Gergaji: Menjaga tubuh badan, menjaga kesihatan dan kewangan, sihat dari segi fizikal, sosial, emosi, rohani, berkembang mental dan membentuk kemahiran baharu. Adakah Warga Pendidik telah bersedia untu membangunkan Potensi Pemimpin dalam diri anak-anak didik seperti yang dihasratkan dalam Aspirasi Murid dalam PPPM.
Posted on: Sun, 01 Dec 2013 16:01:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015