Satu coretan insiden 180114 untuk tatapan kita... ketika Majlis - TopicsExpress



          

Satu coretan insiden 180114 untuk tatapan kita... ketika Majlis cukur jambul anak saya tahun 2013 (dalam gambar Mok merah,Mok Ibong dan Kak Nor)Semasa saya menulis artikel ini Jenazah nenek saya Ibong Bt Rais atau lebih dikenali Mok Ibong baru dijumpai berdekatan Muara Sungai Daro. Tiada apa yang mampu diungkapkan. Hanya iringan doa dan bacaan surah al-fatihah mampu disedekahkan kepada Arwah. Tragedi 180114, sememangnya memberi impak besar kepada penduduk kampung Tekajong Daro dan keseluruhan Penduduk di Pulau Bruit. Mana tidaknya 10 Jenazah telah dijumpai dan 1 lagi masih hilang iaitu Mahdani atau lebih dikenali sebagai Dani oleh penduduk Tekajong. Mengimbau kembali tragedi 180114 ini, seramai 27 penduduk kampung Tekajong terlibat termasuk pemandu bot yang amat ku kenali, Akak Dayak atau nama sebenar Melajim. Beliau amat terkenal di Tekajong dan sekitar Daerah Daro kerana menyediakan perkhidmatan untuk membawa penduduk yang ingin berurusan dari Tekajong ke Daerah Daro. Beliau mengenakan kadar yang amat murah berbanding Bot Ekspress dan SpeedBoat milik taukey-taukey cina. Menurut maklumat yang diperolehi 27 penduduk kampung Tekajong yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan di kampong Saai telah terlibat dalam insiden apabila perahu yang mereka naiki karam dipukul ombak besar. Setakat ke hari ini 16 disahkan selamat, 10 meninggal dunia akibat lemas dan 1 lagi masih dilaporkan hilang. Operasi mencari yang masuk hari ke empat telah melibatkan banyak pihak berkuasa seperti Polis, Lembaga Sungai Sarawak, Bomba, JPAM dan turut dibantu oleh penduduk kampong di sekitar Pulau Bruit dan Daro. Gambar Hiasan- Perjalanan ke Kampung TekajongTragedi 180114 boleh dianggap sebagai insiden terburuk dalam sejarah Pulau Bruit kerana telah mengorbankan ramai nyawa penduduk kampung. Insiden ini juga memperlihatkan semangat perpaduan dikalangan penduduk kampong di Pulau Bruit tanpa mengira fahaman politik untuk bersama-sama memberi bantuan dalam usaha mencari. Masyarakat Pulau Bruit yang terdiri dari kaum melanau islam ini berjaya membuktikan kepada masyarakat Malaysia bahawa mereka adalah bangsa yang kuat walaupun hidup dalam ketinggalan arus pembangunan. Disebalik kisah yang menyayat hati ini, sebenarnya harapan penduduk amat tinggi kepada pemimpin utama negara baik di peringkat persekutuan mahupun negeri. Penduduk di Pulau Bruit sebenarnya tidak pernah meminta lebih dari keperluan yang mereka inginkan dari kerajaan pemerintah. Isu kemudahan asas sebenarnya telah lama disuarakan oleh pemimpin kampong dan anak-anak muda. Bukanlah mereka minta untuk pihak kerajaan membina bangunan bertingkat mahupun projek mega seperti MRT cuma yang diharapkan mampu menyeediakan kemudahan asas seperti jalanraya dan air bersih untuk memudahkan penduduk di Pulau Bruit. Malangnya permintaan Penduduk di Pulau Bruit ibarat mencurah air di daun keladi dan seringkali terlepas pandang serta tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Mungkin ramai yang telah sedia maklum mengenai insiden ini apabila disiarkan melalui media massa seperti TV dan surat-surat khabar. Apa yang menyedihkan adalah peranan pemimpin utama semasa tragedi meragut nyawa ini berlaku. Persoalan hangat kerika ini di media sosial dan penduduk melanau islam di Pulau Bruit adalah Kemana perginya pemimpin yang memperkenalkan slogan ” ketika insiden ini berlaku. Rakyat Sarawak sedar, Perdana Menteri mungkin sibuk dengan urusan negara tetapi kegagalan beliau mengulas dan menyampai ucapan takziah kepada penduduk Kampung Tekajong terutama keluarga dan mereka yang terlibat sesuatu yang mengecewakan Saya sendiri berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib mampu sedikit mengenai isu ini di laman maya namun perkara yang diharapkan itu tidak berlaku. Betul seperti yang diungkapkan oleh sahabat-sahabat di Facebook, beliau mungkin tidak tahu akan insiden yang berlaku ini memandangkan beliau amat sibuk walaupun berada di negeri Sarawak semalam untuk merasmikan satu program pelancongan di Kuching. Penduduk Melanau Islam Pulau Bruit perlu menimbangkan sesuatu di masa hadapan supaya bangsa melanau tidak dipandang remeh oleh pemimpin negara. Kita tidak mahu mendengar Peribahasa melayu kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan dalam insiden yang berlaku ini. Doa saya kepada mangsa yang terlibat semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Kepada Keluarga yang terlibat termasuk Mak, Pakcik/makcik, penduduk kampong tekajong dan sahabat yang kehilangan keluarga tercinta diharap banyakkan bersabar dan menerima ujian dari yang Esa ini seadanya. Al- Fatihah.. Khabarnya Ketua Menteri akan membuat kenyataan dalam masa terdekat…
Posted on: Wed, 22 Jan 2014 05:20:42 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015