Saya ada satu cadangan. Cari dan add/folllow seramai-ramainya - TopicsExpress



          

Saya ada satu cadangan. Cari dan add/folllow seramai-ramainya masyaikh arab yang anda kenal, dan juga masyaikh lain serata dunia. Supaya wall anda beroleh barokah senantiasa dengan hikmat pedoman dan pandangan bernas mereka.. Buka ja facebook, terus terbaca pos-pos menarik mereka. Kemudian, like lah atau pun share. Supaya lebih ramai beroleh manfaat. Sudah-sudahlah berkenalan dengan ahli politik dan kawan-kawan sekolah. Kita jadi bodoh, mudah protes, biadap, kurang matang, dan bagai lagi yang buruk-buruk, kerana hati kita tak bertaut dengan kasih sayang para masyaikh yang dekat dengan Tuhan. Hari-hari buka facebook mengadap komen-komen tak membangun akal dan jiwa. Sehinggakan apabila Syaikh Ali Jumaah hafizahullah dihina sedemikian rupa pun, tak terkesan langsung hati kita. Cukuplah. Sepatutnya awal-awal lagi add/follow Habib Umar hafizahullahu taala. Barulah hati tak liar.
Posted on: Mon, 23 Sep 2013 18:44:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015