Saya diminta untuk share kan perkara ini.. Harap-harap semua dapat - TopicsExpress



          

Saya diminta untuk share kan perkara ini.. Harap-harap semua dapat membantu melakukan survey.. Tolong jangan comment bukan-bukan di status ini... Ur co-operation is greatly appreciated!! Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, sedang menjalankan Kajian Pendapat Awam Isu Semasa – Reaksi Belia terhadap Rasionalisasi Subsidi Petrol dan Diesel Kerajaan. Objektif kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui pendapat dan pandangan generasi belia berkaitan dengan pemahaman dan penerimaan golongan belia berhubung pengurangan subsidi kerajaan ini. Kajian ini khas ingin meninjau pandangan golongan belia yang berumur di antara 15 tahun hingga 40 tahun. Kajian ini menjangkakan untuk mendapat penyertaan 5,000 orang responden. Sebagai ganjaran, 5000 orang responden pertama kajian akan diberikan sagu hati dalam bentuk top-up bernilai RM5.00. Anda boleh menjemput kawan-kawan anda untuk menyertai kajian secara online ini. Sila klik pada url ini untuk menyertai kajian. onlinesurvey.ippbm.gov.my/index.php/survey/index/sid/287874/lang/ms
Posted on: Tue, 22 Oct 2013 12:23:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015