Saya konsisten mengatakan suasana pembelajaran monoetnik (majoriti - TopicsExpress



          

Saya konsisten mengatakan suasana pembelajaran monoetnik (majoriti besar 1 kaum) adalah tidak sihat utk pembelajaran para pelajar. Dalam isu UiTM sudah tentulah saya sokong pembukaan secara beransur ansur kepada kaum bukan Bumiputera. Tetapi dengan syarat kapasiti di IPTA seluruh negara bertambah agar kumpulan ini tidak rugi di masa hadapan. Buat masa sekarang UiTM dan IPTA patut mengetatkan syarat kemasukan dan utamakan pelajar dari kumpulan sederhana dan kurang kemampuan utk kursus kritikal. Anak dari kumpulan berada tak kira Melayu ke Iban ke Bidayuh ke tidak adil menggunakan subdidi pendidikan 90% di IPTA. Kalau mahu masuk IPTA mereka wajar dikenakan bayaran penuh tanpa subsidi. Kerana Malaysia ibu bapa mereka kaya bukan sebaliknya maka kini masa balas budi dengan membayar penuh untuk pendidikan anak sendiri. Baru kena lagu kini masa balas budi wahai kroni kroni.
Posted on: Mon, 09 Sep 2013 15:20:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015