[Sebab Memang Begitu] Semalam saya ada share tentang pilihan - TopicsExpress



          

[Sebab Memang Begitu] Semalam saya ada share tentang pilihan saya berjumpa dengan teman seperjuangan saya. Masa tu kami juga berbincang sedikit tentang ilmu NLP. Memang sengaja saya minta dibacakan perangai dan sifat saya. Dan kami berbincang tentang itu. Sebab kalau boleh, apa apa yang negatif saya nak cuba buang. Tapi sebenarnya yang saya nak highlight kali ni tentang sifat saya yang satu ni. RIGID. BERSISTEM. KENA SISTEMATIK. Saya tak pasti sifat ini constructive atau destructive. Saya juga tak pasti pros and cons nya. Yang saya pasti, dalam perniagaan kami, saya memang agak kurang toleransi. Sebenarnya memang takda toleransi, maksudnya toleransi pada sistem. Contoh: Kalau saya buat sistem ejen, harga ejen rm30 sekotak, MOQ (minimum order quantity) 10 kotak, maksudnya sesiapa nak berurusan dengan saya untuk jadi agent akan dapat harga yang sama, tak kira lah saudara ke tak. Kalau untuk harga stokis rm20, MOQ 200 kotak, jadi semua kena ikut sistem yang sama. Takda orang yang special. Even suami ke saudara ke kawan ke. ========================================= Pada saya kalau nak sedekah, allocate siap siap bahagian sedekah. Bukan main tolak sukahati dari sistem. Allocate siap2 sedekah kita bagi kat orang tu. Nak bagi siapa pun bagi la. Yang penting jangan usik sistem yang ada. Faham konsep saya? Saya memang tak boleh ubah perangai yang satu ni. Tapi mungkin ada yang tersilap anggap. Ada yang cakap saya kedekut dengan saudara sendiri. Kedekut dengan kawan sendiri. Kalau kita faham dari segi perniagaan, bahagian yang kita allocate untuk keuntungan agent dan stokis tu sebenarnya memang dah cukup pun. Kita kena faham yang HQ perlu buat marketing, dan marketing ni bukan sahaja untuk product, tetapi untuk membantu agent agent cari makan. Tapi kadang kadang orang yang bukan pengeluar mungkin kurang faham bahagian ni. Pengeluar akan tanggung bahagian marketing, overhead setiap bulan, transportation, postage mungkin, dan sebagainya. Saya mohon maaf jika perangai saya yang keras kepala dalam sistem ini akan mengguris hati sesiapa jua dahulu kini dan akan datang. Tapi percayalah, untuk senang memang tak senang. Dan untuk susah memang tak susah. Dan saya tidak bercadang untuk berniaga untuk tempoh 1 tahun. Saya nak berniaga lama dan kekal dalam perniagaan saya. Salam Kemaafan #NurErshadiah Pengasas Susu Kambing Premium Pertama dengan 8 Makanan Sunnah #NGM8
Posted on: Wed, 05 Mar 2014 10:00:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015