Sebagai bahan ilmu untuk kita amalkan, sama-sama kita melihat - TopicsExpress



          

Sebagai bahan ilmu untuk kita amalkan, sama-sama kita melihat kepada pesanan IMAM ABDULLAH AL_HADDAD, daripada kitab Adab seorang Murid. a. Sebagai orang mukmin yang mengikut segala perintah dan meninggalkan larangan ALLAH, perlu berhati-hati daripada meninggalkan solat berjemaah, kerana meninggalkan solat berjemaah adalah sikap orang-orang bathil dan jahil sekalipun sudah mengetahui segala kelebihanya. b. Menjaga solat 5 waktu, diiringi solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu, kerana ini adalah sifat orang-orang yang dibukakan pintu kebaikkan buatnya. c. Melazimi solat witir paling kurang 1 rakaat sebelum tidur atau selepas tahajjud, serta melazimi solat dhuha dan menghidupkan waktu antara magrib dan isya’, maka inilah amalan para ANBIYA’ dan orang soleh. d. Hendaklah merebut masa selepas subuh dan selepas asar, kerana kedua-duanya adalah waktu yang mulia, ALLAH akan melimpahkan pertolongan dan nur kepada siapa yang menghidupkannya. e. Selepas subuh adalah waktu khusus yang boleh menarik rezki jasmani. Manakala selepas asar bagi sesiapa yang menghidupkannya maka ianya akan diberi rezki hati yang hidup.Segala amalan-amalan ini tidak akan diketahui segala rahsia kemanisanya jika tidak diamalkan, perkara-perkara ini adalah experiment yang telah dilalui oleh mereka yang telah dibukakan mata hati sehinggalah akhir hayat mereka. # Rezki melimpah, keluarga bahagia, segala keperluan sempurna, makan dan pakai cukup, tetapi jika tidak ada amalan yang menghubung hati dengan ALLAH tetap tidak sempurna.WALLAHU’ALAM
Posted on: Sun, 06 Oct 2013 01:27:04 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015