“Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan - TopicsExpress



          

“Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungibahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.” Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan,Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkanproduk mereka dengan kementeri...an, akan memberikan sampel yangmengandungi kandungan produk herba. “Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesansegera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu. Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik,termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hatitanpa pengetahuan dan nasihat doktor. Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihatkesan segera apabila menggunakan produk itu. Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untukmengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengansteroid dan antihistamine. “Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran,walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan. Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluarterbabit. Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung. “Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya. Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522(2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini). Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah,denda maksimum RM50,000. Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine: Kintop Body Beaus BMI-9 Xylimming Capsule Senna Plus Capsule Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine: Lami Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine: Obexlim Slimax Coffee Beaute Fit Body Contour Body Trimz Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid: 357 Nasal Spray Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid: Makjun Taufiq Dua Istimewa Majun Dua Istimewa Ginseng Jin Fui Wan Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat) Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill Makjun Syafiq 3 Istimewa Reepo Produk berasas makanan yang mengandungi steroid: Air Ikan Haruan Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu: Eriesya Spa Beauty Cream Atika Beauty Renewal Cream Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya Ratna Sari Whitening Night Cream Tia Amelia Krim Jeragat Chantique Whitening Night Cream RZAC White Pearl Cream Nuriz Day and Night Cream Elite Rias Er Cream R&Z Whitening Night Cream Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream Pigmentation Recovery Complex Zara Rejuvenation Cream Natasya Krim Herba Gold De Putih Night Cream Produk tradisional berdaftar ada antihistamine Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan Qian Tong Dan Raja Ubat Resdung Coral Plus UA 350MG
Posted on: Tue, 12 Nov 2013 12:47:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015