Sebelum lelap: Membaca beberapa komentar dari beberapa sumber - TopicsExpress



          

Sebelum lelap: Membaca beberapa komentar dari beberapa sumber media tentang isu Syria dan FATWA ULAMA sedunia, saya berpandangan begini: 1. Sepertinya sudah makin jelas kelihatan puak pengagung faham sosialism bertembung dengan faham Islam sebagai cara hidup. Golongan sosialism pula amat disenangi oleh Syiah lalu golongan syiah akan bermuara akhirnya bersama kem sosialism. Dan kedua puak ini pula akan didekati oleh kaum nasionalism sekularis bagi berbagai kepentingan khasnya kuasa politik dan tekanan politik. 2. Golongan yang berfaham Islam pula seharusnya bukan hanya mendiamkan diri ditentukan oleh arus yang berkocak ini. Bagi saya golongan Islam sepatutnya sudah mampu menentukan ke mana arah mereka. Merapatkan diri dengan golongan rasism Melayu atau China atau India bukanlah yang terbaik kerana ideologi mereka sudah tertolak oleh rakyat majoriti. 3. Saya sangat menantikan satu gabungan komitmen ngo atau partai atau individu dalam hal komitmen buat Syria dan Fatwa tentangnya secara terbuka. Dari himpunan yang lalu, kita masih gagal menyatukan semua elemen dan golongan serta ngo yang prihatin bersama nasib Syria dan solusinya. Semoga dengan adanya pandangan dan idea dari teman-teman semua, kita akan dapat menemukan idea baru untuk ummah ini..!! Sebarkan jika setuju..!! Ikhlas dari Pengerusi MaSSSA
Posted on: Wed, 19 Jun 2013 18:46:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015