Sebuah akhbar melaporkan seorang penyampai radio sambilan stesen - TopicsExpress



          

Sebuah akhbar melaporkan seorang penyampai radio sambilan stesen radio milik RTM yang beroperasi di Sri Aman cedera parah selepas ditikam seorang lelaki dalam kejadian samun dekat Sri Jaya Park, kelmarin. DJ Sam yang bertugas di stesen radio Rasa FM cedera di rusuk kanan dan perut akibat ditikam dengan pisau dirumahnya dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.45 malam. Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Muhammad berkata, dalam kejadian itu seorang suspek yang bersenjata pisau telah memecah masuk kediaman mangsa yang terletak di tingkat satu rumah flat tersebut.
Posted on: Fri, 20 Sep 2013 03:50:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015