Secara zahirnya kita kan lihat kemampuannya mencari titik - TopicsExpress



          

Secara zahirnya kita kan lihat kemampuannya mencari titik tengah/pusat graviti bagi mengimbangi objek-objek yang disusun. Hayati video ni sebentar. Siapakah dia? Jawapannya saya tidak mengenalinya! Akan tetapi, saya punya rasa yang kuat mengatakan bahawa dia juga punya kekuatan untuk mengimbangi hal-hal internal (baca: dalaman, SQ, IQ, EQ). Dimana kombinasi yang baik dari unsur dalaman ini membantunya mengatur aktiviti-aktiviti luaran. Ataupun dia sudah berkemahiran dalam hal ini disebabkan latihan yang kurang lebih 1001 kali cubaan dan pelajaran. Sebagaimana banyak contoh dari alam seperti bongkah ais misalannya, yang dilihat hanyalah titip kecil di permukaan laut, namun fizikal ais yang selebihnya tenggelam dalam lautan adalah lebih besar dan luas ukurannya. Begitu juga dengan si gunung, si pokok, dan bagunan pencakar langit. Dibawah semua ini ada penyokong dan pendokong yang tidak kelihatan dan berperanan besar menstabilkan struktur externalnya (baca: luaran). Dan seorang manusia itu kan mempelajari sesuatu jika EQ nya mahu, jika unsur IQ nya mampu, jika SQ nya setuju. Hasilnya kan dicerminkan pada peribadinya. Benar bukan? Maka, saya kira banyak lagi saya perlu belajar untuk dapatkan keseimbangan. Lebih-lebih lagi hal yang berkaitan dunia dan akhirat! Senyum
Posted on: Tue, 11 Jun 2013 14:21:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015