Sedikit maklumat untuk mohon geran RM1000. Anda perlu DAFTAR SSM - TopicsExpress



          

Sedikit maklumat untuk mohon geran RM1000. Anda perlu DAFTAR SSM untuk perniagaan anda.. - Pastikan anda memiliki Mykad yang sah... - berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita; Lelaki pun boleh... Pastikan dulu syarat-syarat ini:- - Mempunyai akses atau capaian perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar melalui langganan atau ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M); - Akaun Bank nama sendiri / syarikat - usahawan mikro – jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak melebihi RM200,000 setahun. Bagaimana Bermula? Antaranya:- 1) Menggunakan kemudahan yang terdapat di getmybusinessonline.my untuk membina laman sesawang dan pengehosan percuma. Untuk domain dot com dot my.. anda hanya membayar RM23 setahun (boleh rujuk di website getmybussinessonline)... anda akan diberi pendedahan membina sendiri website menggunakan platform yang telah mereka sediakan dan anda tertakluk kepada terma dan syarat-syarat mereka. 2) Pendaftaran laman sesawang boleh dilakukan dengan myDomain Registry (Daftar domain dot com dot my dll dengan di hostkan pada hosting sendiri ) manakala pembangunan laman sesawang boleh dilakukan dengan mana-mana agensi atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembangunan laman sesawang (macam saya). # Melalui saya, kos domain (dot com dot my) dan hosting *1GB adalah RM130 setahun (complete) milik anda sendiri dan tidak tertakluk kepada syarat2 tertentu kecuali syarat mendapatkan geran tu sahaja (kalau tak ikut syarat SKMM nanti tak approve lak) # Harga website pula ikut pakej yang anda mahu... PM saya . ** jika ada banyak permintaan untuk website kos budget, saya akan pertimbangkan untuk mengadakannya kelak... Langkah Berikutnya... Daftar Permohonan anda di sini: https://gmbo.skmm.gov.my/ Permohonan dibuka bermula dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 atau sehingga peruntukan RM50 juta telah dipenuhi. Dan RM1000 diproses dalam masa 30 hari bekerja serta di masukkan terus ke akaun anda... anda bebas menggunakannya tanpa perlu menunjukkan bukti penggunaan... gunalah sebaik mungkin untuk membantu kejayaan perniagaan anda... *****SELAMAT MAJU JAYA******************
Posted on: Thu, 20 Jun 2013 02:57:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015