Sehingga hari ini tema "MERAKYATKAN PEMUDA, MEMUDAKAN RAKYAT" yang - TopicsExpress



          

Sehingga hari ini tema "MERAKYATKAN PEMUDA, MEMUDAKAN RAKYAT" yang aku tawarkan sebagai calon Ketua Pemuda Pas Malaysia tidak dijawab, tidak diulas oleh mana-mana Kepimpinan Dewan Pemuda Pas Malaysia sebaliknya aku diserang, dilabel dan dituduh macam-macam oleh pihak yang tidak bersetuju.. Ini bukti kenapa aku mahu "MEMUDAKAN RAKYAT" dalam Dewan Pemuda dan masyarakat iaitu memudakan pemikiran selari dengan peredaran masa. Pemuda khususnya dan masyarakat amnya perlu dilibatkan dalam perbincangan atau berhujah untuk mendapatkan keputusan terbaik, bukan dengan melabel atau menghentam tanpa menyentuh persoalan isu yang dibangkitkan. Perkara ini juga merupaka salah satu faktor kegagalan Pas dan Pakatan Rakyat dalam PRU-13 yang lepas. Lebih banyak menyerang UMNO/BN tanpa berhujah atau memberikan penerangan kpd pengundi kenapa & mengapa pengundi harus mengundi Pakatan Rakyat. Ke sana ke sini berkempen berceramah menghentam Umno melabel BN tapi tidak memberikan hujah dan alasan kenapa pengundi perlu mengundi kita. Tawaran2 dalam manifesto kita tak dijelaskan dgn baik untuk menarik hati pengundi mengundi kita. Kita sepatutnya berhujah dgn baik, memberikan input dan memberikan bukti dan kesungguhan kita untuk mengantikan BN mentadbir negara. Dalam hal pemilihan kepimpinan peringkat parti juga nampaknya tidak terlepas daripada sindrom tersebut. Menyerang, melabel & menghentam pihak yang tidak selari dengan kita tetapi isu utama tidak dibincang. Memudakan Rakyat Ke Arah Kesejahteraan Rakyat.
Posted on: Mon, 02 Sep 2013 06:28:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015