Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kes-kes kematian - TopicsExpress



          

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kes-kes kematian kanak-kanak telah banyak dilaporkan di media-media tempatan. Berbagai sebab dikaitkan dengan kematian-kematian ini. Antara sebab-sebab utama yang sering dikaitkan dgn kematian ini adalah: 1) Tersedak susu 2) Penderaan 3) Kelalaian 4) Tidak cukup kakitangan dll.. Seringkali juga disalahkan atas taska/pusat jagaan yang tak berdaftar. Namun hakikatnya, banyak juga kes-kes yang berlaku dikalangan pusat-pusat jagaan yang berdaftar. Dan yang paling kerap adalah pusat jagaan yang menyalah gunakan pendaftaran premis lain untuk satu premis lain dibawah kendalian syarikat/individu yang sama. Persoalan yang timbul dari admin: 1)Walaupun pusat-pusat jagaan ini telah didaftarkan, apakah pemantauan dari pihak berkenaan mencukupi? 2) Mampukah pemantauan berkala membanteras atau sekurang-kurangnya mengurangkan kes-kes tragik sebegini? 3) Tidak wujudkah terms "spot check" dalam prosedur operasi pemantauan dan mampukah "spot check" ini membendung kes-kes sebegini? 4) Adakah tempat-tempat asuhan berlesen ini mampu / berkemahiran dalam menangani kes-kes emergency? 5) Adakah kemampuan menangani kes-kes emergency termasuk dalam keperluan pendaftaran pusat-pusat asuhan? 6) Jika tidak, mengapa ia tidak dipandang serius oleh pihak berwajib? Beratus atau mungkin sudah ribuan kes-kes sebegini dibawa ke mahkamah bagi tujuan "civil lawsuit".. Tapi mampukah Civil lawsuit ini mengurangkan kes-kes sebegini? Page ini diwujudkan bertujuan mengkritik, mencadangkan dan mendesak penambah baikan peraturan dan undang-undangserta syarat-syarat berkaitan penjagaan kanak-kanak terutama undang-undang berkaitan penubuhan dan pendaftaran Pusat-Pusat Jagaan dan Taman Asuhan Kanak-Kanak dengan harapan undang-undang, peraturan-peraturan dan syarat-syarat baru yang dicadangkan mampu menyumbang kepada keadaan yang lebih diyakini mampu mewujudkan keadaan selamat di pusat-pusat jagaan ini. Ini bukan page politik maka dengan itu kritikan yang berbaur politik dan menyalahkan pihak-pihak politik sahaja tanpa memberikan input-input yang berguna amat-amat tidak dialukan. Kritikan, cadangan dan desakan yang baik amat diperlukan supaya ia mampu menjadi Laman yang mendesak kepada perubahan yang positif. UNTUK GENERASI MASA DEPAN
Posted on: Fri, 04 Oct 2013 03:52:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015