Sejak saya approved nama-nama rawak yang add saya, makin tercabar - TopicsExpress



          

Sejak saya approved nama-nama rawak yang add saya, makin tercabar kesabaran dengan cara komunikasi sebahagian daripada rakan baru di FB (yang rata-rata saya approved kerana mutual friends kita adalah para manusia yang saya kagumi). Bukanlah mengharap ditatang disembah bak raja, namun berbual dengan insan yang baru dikenali, tidak sama dengan yang sama-sama belajar dengan kita di sekolah rendah dahulu. Apatah lagi apabila yang dijadikan rakan bual itu lebih tua daripada kita. Adik-adik... yang masih bersekolah mahupun yang sedang menuntut di kolej dan universiti, tidak kira di luar negara mahupun dalam negeri - mohon hormati orang yang lebih tua. Berbual biasa boleh diterima jika mahu meliuk lentok, tetapi bagi urusan rasmi perlu titik beratkan suasana profesional. Tidak perlu guna emoticon menganga, menjelir semasa berurusan. Guna ejaan penuh. Urusan berjaya ataupun tidak, ucap terima kasih sebagai akhir bicara. Terima kasih kerana kami yang banyak kerja ini luangkan masa melayan kerenah kebudak-budakan kamu. Saya, Husna Adnan, memang gemar berjenaka dalam kehidupan seharian, juga dalam penulisan. Saya hanya ibu dan isteri yang bekerja dari rumah. Namun lama sebelum kamu mengenali saya, saya antara manusia yang menggunakan zaman muda saya (aiceh macam sudah tua pula) dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Kamu tidak tahu apa yang saya hadapi untuk berada pada tahap ini. Ya, bukan juga mahu kata saya kini sudah berjaya, namun pastinya tiap usaha saya ada nilai setiap satunya. Kerana percayalah, ada permohonan yang diketepi bukan kerana rendahnya bayaran yang diberi, tetapi kerana tiada budi pekerti.
Posted on: Sat, 28 Sep 2013 01:30:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015