Sekitar 100 khemah didirikan di Padang Merbok KUALA LUMPUR: - TopicsExpress



          

Sekitar 100 khemah didirikan di Padang Merbok KUALA LUMPUR: Himpunan di Padang Merbok diteruskan dan masih ramai yang tidak akan pulang selagi 7 anggota tertinggi SPR tidak melepaskan jawatan. Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan memberitahu, sehingga jam 7 petang tadi, hampir 100 buah khemah telah dinaikkan sedikit demi sedikit. Katanya, kelihatan juga bukan sahaja khemah dari kumpulan NGO #SuaraRakyat505, tetapi terdapat banyak lagi khemah datangnya dari orang ramai yang menyokong perhimpunan lebih dari sehari ini. Beliau dalam satu kenyataan berkata, dijangka ramai yang kembali memenuhi Padang Merbok dengan persiapan dan kelengkapan yang cukup. Juga, ujarnya akan bersama sepanjang malam ini adalah termasuk Ahli pPrlimen Batu dan Bachok, Tian Chua dan Ustaz Marzukh, Isham Rais, Haris Ibrahim, Arul, Chegu Bard dan ramai lagi. “Ayuh bersama, kita mampu menjadikan kelainan untuk kali ini. Pulang hanya bila menang, anak muda mencipta sejarah. Biarlah malam ini menjadi satu permulaan yang hebat,” ujarnya lagi. bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20234-sekitar-100-khemah-didirikan-di-padang-merbok
Posted on: Sun, 23 Jun 2013 04:53:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015