Selama ini, saya begitu mendengar keluhan animal lover yang - TopicsExpress



          

Selama ini, saya begitu mendengar keluhan animal lover yang mendakwa kerap diganggu oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Semalam jam 11:00AM, saya berbincang-bincang bersama Dr Roslan dan 3 pegawainya. Saya cuba pula memahami masalah mereka berdepan aduan dan bantahan penduduk. Kemuncak cerita adalah, terdapat para pekerja mereka yang hampir disumpit racun oleh tentera Tok Batin. Ancaman itu berlaku kerana tugas animal control turut memasuki perkampungan orang asli. Sebagai NGO Haiwan yang berasionalisasi, Pertubuhan Pasukan Tindakan Haiwan - AAT semampu-mampunya cuba berlaku adil didalam membuat pendirian. MPSJ juga mencadangkan saya dan NGO, merebut peluang untuk membida apa-apa projek yang berkaitan dengan Animal Control (kucing, anjing, tikus dan sebagainya). Saya memberi penegasan, selagi saya memimpin NGO Haiwan - saya telah mengharamkan diri dan entiti untuk terlibat dalam apa-apa urusniaga yang berkaitan dengan perjuangan. Ini sangat penting untuk mengekalkan integrity dan mengelakkan diri terdurja ke arah conflict of interest. Di Malaysia ini, syarikat penangkap stray tersangat kurang. Oleh yang demikian, ketiadaan persaingan yang besar menyebabkan mereka kurang menjaga kualiti tangkapan.
Posted on: Sat, 30 Nov 2013 01:42:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015