Seorang lelaki mempunyai 4 orang ISTERI Isteri Pertama : Tidak - TopicsExpress



          

Seorang lelaki mempunyai 4 orang ISTERI Isteri Pertama : Tidak diberi perhatian.. Isteri Kedua dan Ketiga : Selalu di beri perhatian.. Isteri ke empat : Terlalu diberi perhatian dan kasih sayang.. Ketika lelaki itu mahu meninggal, dia memanggil ke empat-empat isterinya. ‘Mahukah kalian menemaniku di alam kubur..?? Isteri ke-4 : ‘Sorry! Sampai sini sahaja aku mengikutmu.’ Isteri ke-2 dan ke-3 : ‘Kami akan menemanimu tapi hanya sampai ke liang kubur sahaja.’ Lelaki itu kecewa. Lalu ditanya pula pada isteri pertama. Isteri pertama menjawab : ‘Aku akan menemanimu ke mana saja kamu pergi dan akan selalu mendampingimu.’ Siapa isteri pertama hingga ke empat? Isteri ke 4 - Adalah harta dan kekayaan kita Isteri ke 3 - Teman-teman kita Isteri ke 2 - Keluarga kita Isteri Pertama - Merupakan AMALAN kita selama kita hidup di dunia.
Posted on: Wed, 21 Aug 2013 02:30:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015