Serotonin Ada request minta saya tulis pasal - TopicsExpress



          

Serotonin Ada request minta saya tulis pasal serotonin. Selalu dengar tak, org cakap, nak happy...tingkatkan serotonin! Serotonin lebih dikenali sebagai hormon bahagia atau hormon gembira. Sebenarnya Serotonin mempengaruhi pelbagai lagi fungsi tubuh lain, bukan sekadar menggembirakan seseorang. Hormon ini ditemui dlm tahun 1948 di Cleveland Clinic. Ianya ditemui di dalam serum darah, yg terlibat dlm pengecutan saluran darah. Disebabkan ianya adalah agen serum yg mempengaruhi vascular tone, jadi mereka menamakannya serotonin. 80% jumlah serotonin dlm badan ada dlm bahagian perut, dlm sel enterochromaffin- di mana ianya berfungsi untuk mengawal pergerakan usus. Selebihnya disintesis di neuron satonergic di dalam sistem saraf pusat. Serotonin tidak dapat melalui barrier darah-otak. Oleh itu serotonin utk kegunaan dlm otak mestilah dihasilkan di dalam otak. Kesan serotonin adalah sbg pembantut ke atas pelbagai fungsi tubuh. Misalnya, serotonin boleh mengurangkan selera makan, tabiat seksual dan merencat persepsi kesakitan. Mengikut kajian oleh pengkaji dari Macalaster Collage, ketiadaan serotonin adalah dikaitkan dgn kelakuan agresif yg teruk. Mereka berpendapat aras serotonin berkait rapat dgn keadaan panas baran, impulsif, agresif, eating disorder dan masalah tidur. Menurut Bristol University, England , serotonin dikaitkan dgn: • selera makan • tidur • daya ingatan/memori • keupayaan belajar • suhu • mood- Princeton University mengkelaskan serotonin sbg hormon gembira sebab ianya terlibat dlm perasaan yg happy (senang hati) • tingkah laku • pengecutan otot • kemurungan • fungsi kardiovaskular • regulasi endokrin • mengawal proses penuaan • metabolism tubuh • penyembuhan luka- serotonin adalah faktor tumbesaran dlm sesetengah sel Serotonin & Kemurungan Saintis tahu yg serotonin terlibat dlm kemurungan, tetapi tiada penjelasan tentang bagaimana ianya terjadi. Pengkaji di Washington University mendapati volunteers dengan masalah kemurungan mempunyai kurang reseptor serotonin di otak mereka. Macammana nak tingkatkan Serotonin? Banyak juga petua-petua dan cakap-cakap pasal serotonin.... tapi kadang tu kalau kita dengar cakap org, kita kena tapis dulu, benar atau tidak. Salah satunya: Makanan yg tinggi triptofan (sejenis asid amino) akan secara automatik tingkatkan serotonin. Ini adalah PALSU. Triptofan perlu bersaing dgn amino asid lain utk serapan setelah dimakan. Oleh itu kalau kita makan turkey (ayam belanda) yg tinggi triptofan, tak bermakna kita akan dpt banyak serotonin. Kedua: Makan pisang akan meningkatkan serotonin secara automatik. Ni pun PALSU. Pisang ada serotonin, tp serotonin tersebut tidak dpt cross barrier darah-otak dan tidak dpt diserap terus oleh manusia. Ketiga: Makanan berkafein & minuman energy- ada kebenarannya...Kafein merencat serotonin, yg mana secara tak langsung menjelaskan kenapa kafein boleh rencat appetite/selera makan. Pil diet kan banyak kafein dlm nya...Kalau nak minum juga semua ni, elok lah dgn makanan & bukannya semasa perut kosong. Keempat: Omega 3 fatty acids. Ini ada kebenarannya. Kalau nak ambil sumber makanan yg ada omega 3 FA ialah ikan spt salmon, minyak ikan, kekacang, flax seed oil.... tu contoh saja lah. Kelima: Dark chocolate. Ada kebenarannya disebabkan bhn di dlmnya yg ada resveratrol. Ini hanya utk dark coklat saja, kalau minuman bercoklat misalnya, tidak berkesan. Cara lain nak tingkatkan serotonin? 1. Senaman....exercise secara regular. Exercise boleh tingkatkan triptofan, bahan precursor serotonin. Triptofan dihasilkan dan biasanya mood meningkat sehingga beberapa jam selepas senaman. Senaman yg disarankan adalah yg levelnya bersesuaian dgn kita, bukannya senaman yg lasak sampai badan tak tertanggung atau terlalu intensif utk tahap kita...kiranya senaman yg kita suka, level yg kita selesa. Pakar kata, kalau tak boleh senaman secara regular, walking selama 30 minit hingga 1 jam secara konsisten pun boleh bantu tingkatkan serotonin. 2. Dapatkan cukup cahaya (light). Cahaya membantu sintesis serotonin. Pengkaji mendapati terdapat correlation (kaitan) antara sintesis serotonin dan jumlah jam pendedahan pada cahaya matahari di siang hari. Post mortem ke atas manusia, mendapati aras serotonin di musim panas adalah lebih tinggi berbanding di musim sejuk. Mood yg baik juga boleh didapati sekiranya kita buka langsir tingkap di bilik yg gelap. Dapatkan cahaya asli di waktu siang & bukannya cahaya buatan di waktu malam. Cahaya matahari di waktu siang adalah lebih baik di dalam peningkatan serotonin berbanding dgn cahaya dari lampu. 3. Berurut atau massage juga baik. Beberapa kajian mendapati massage dpt monin dan mengurangkan hormon stress iaitu kortisol sambil dapat meningkatkan aras serotonin dan aras dopamine. Oleh itu dgn massage kedua-dua faedah ini dpt diperolehi. 4. Stress yg berpanjangan boleh mengurangkan aras serotonin. Stress yg serius dpt membantut tubuh dari menghasilkan serotonin. Oleh itu cubalah tangani stress sebaiknya. 5. Simpan memori indah. Walaupun bunyinya macam karut, tapi mengingati saat indah sudah cukup utk sedikit sebanyak membantu otak stimulate penghasilan serotonin. Ada juga org yg payah nak recall memori, indah keadaan yg dipanggil “state dependent recall”. Kalau anda salah seorang yg ada masalah mengingati saat indah, dicadangkan anda melihat gambar lama atau bercakap dgn kawan & sedara mara mungkin dpt membantu. Dgn penjelasan panjang lebar tu...harap dpt membantu anda gembira atau cuba utk gembira.... Apa yg dpt saya rumuskan...Kalau kita ada menjaga org sakit... mereka senang murung, sedih, depressed... Kalau kita baca apa catatan di atas tadi... elok kita bawa mereka keluar, kena cahaya matahari... setidaknya buka langsir, bg cahaya matahari masuk... kalau tak banyak pun, harapnya bolehlah bantu penghasilan serotonin ni...jadi mereka tak la terus murung.... That is my opinion... Kegembiraan adalah terletak pada hati... Harap kita dpt memilih utk tidak terus depressed.... Kalau berminat dgn topik ni...nak baca lanjut, google saja “Serotonin”, pilih la webpage yg rasa boleh dipercayai... banyak dah org tulis, banyak juga kajian pasal serotonin yg telah dibuat.... Harap tulisan saya yg berdasarkan webpage medical ni bolehlah difahami & bahasa x terlalu komplikated :)
Posted on: Mon, 02 Dec 2013 05:11:15 +0000

Trending Topics



b>

Recently Viewed Topics




© 2015