Sesetengah orang mungkin boleh menunjukkan rasa gembira bila di - TopicsExpress



          

Sesetengah orang mungkin boleh menunjukkan rasa gembira bila di laman sosial dengan harapan orang mudah mendekati mereka kerana mereka sentiasa bersikap positif walhal mereka tidak berpijak pada realiti walaupun ramai pakar motivasi menyuruh mereka berbuat demikian. Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk menenteramkan hati tetapi seringkali orang tersalah sangka bahwa setiap yang mereka lalui perlu berada dalam suasana positif. Tidak salah jika kita ingin wujudkan suasana aman tetapi bila kita terlalu menipu diri sendiri, kita sering mengenepikan kepayahan dan kesusahan yang seharusnya kita hadapi hingga kita mudah untuk lari daripada kekecewaan dan masalah. Akhirnya kita hidup dalam dunia penipuan yang kita cipta sendiri dalam bentuk status dan gambar yang menarik dan menenteramkan hati. Dan kita juga semakin menjauh dalam memikirkan hal-hal rumit kerana fikiran kita masih terbelenggu dengan ketidakmatangan yang tidak kita sedari.
Posted on: Tue, 03 Dec 2013 16:33:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015