Sesiapa yg tidak berpandu kpd al-Quran bkn org yg taqwa. Ikrar dlm - TopicsExpress



          

Sesiapa yg tidak berpandu kpd al-Quran bkn org yg taqwa. Ikrar dlm doa Iftitah di awal solat iaitu ‘solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah seru sekalian alam’. Dari ikrar ini disebutkan ibadat dan kehidupan itu disekalikan. Apakah yg terpenting dlm hidup selain dari politik yg menjadi alat kepada pentadbiran? Mengeluarkan politik (hidup) dari ikrar ini menjadikan agama Islam itu tidak lengkap. Itulah fahaman sekular. Sekarang sudah tidak ramai yg bercakap mengasingkan politik dari Islam. Hatta para pemimpin Umno sudah menerima, agama tidak boleh dipisahkan dari politik. Cuma yg kurang ialah tidak bercakap tentang dosa dan pahala dlm urusan dan perbincangan politik. Golongan dakwah Pakistan yg berpegang tidak ada politik dlm Islam, gempar apabila Benazir Bhutto mnjadi Perdana Menteri. Pada mereka ada yg tidak kena dari segi Islam. Mengapa Benazir jadi Perdana Menteri? Sebabnya kira2 tiga juta yg layak mengundi tidak mengundi atau tidak pedulikan politik yg dianjurkan oleh Islam. Tanpa disedari golongan dakwah yg mengatakan mana ada politik dlm Islam, telah terperangkap dlm sarang politik sekular sama seperti fahaman politik orang2 barat yg jelas menentang Islam. Agama dan politik saling melengkapi Islam yg dibawa Rasulullah saw. Islam itu adalah agama ibadat dan ia juga agama politik. Tidak lengkap Islam tanpa politik dan tidak lengkap ia tanpa ibadat
Posted on: Tue, 25 Jun 2013 15:08:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015