Setiap usahawan Internet perlu mengambil berat tentang isu - TopicsExpress



          

Setiap usahawan Internet perlu mengambil berat tentang isu trademark. Terutamanya dalam membina asset asset maya seperti nama domain. Sebelum membeli sebarang nama domain, pastikan ia tidak mengandungi sebarang perkataan yang telah menjadi trademark untuk sesebuah syarikat besar (luar negara, mahupun dalam negara). Sebagai contoh, elakkan dari menggunakan perkataan berikut dalam domain: 1. WordPress (boleh gunakan wp seperti kelaswp, belajarwp, dll) 2. Google (boleh gunakan g seperti kelasgsearch, belajargsearch, dll) 3. Amazon (boleh gunakan ama atau azon seperti kelasazon, belajarazon, amatutorial, amastore, dll) 4. Facebook (boleh guna fesbuk atau fb seperti kelasfesbuk, panduanfesbuk, fbtraining, dll) 5. Clickbank (boleh guna cb seperti kelascb, panduancb, dll) Sebenarnya, tak perlu pun gunakan nama brand dalam domain. Note: Saya kata Elakkan. Ini kerana tiada apa yang menghalang kita dari mendaftarkan nama domain berkenaan. Domain registrar sendiri pun hanya akan memberikan amaran tentang penggunaan nama yang mempunyai trademark. Sekiranya sanggup menghadapi risiko kehilangan sumber pendapatan dari domain berkenaan dan juga berhadapan dengan tuntutan saman, silakan. Brands akan sentiasa berusaha untuk menjaga trademark yang telah mereka bina sekian lama. Begitu juga kita sekiranya brand kita telah menjadi terkenal kelak, insyaAllah. Apa kata pakar pakar IM tempatan (Zamri Nanyan, Fendi Hussin, Raja Kamil, Ali Hanafiah Daud, Sham EdyMart, dll) tentang ini? :D
Posted on: Mon, 04 Nov 2013 05:27:38 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015