Shahrizat pertahan ketua wanita Umno Subky Latif, 01 Sep - TopicsExpress



          

Shahrizat pertahan ketua wanita Umno Subky Latif, 01 Sep 2013 Sekalipun rata-rata dalam kalangan Umno dan di luar Umno mengira Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah liabiliti kepada Umno dan khusus Wanita Umno sendiri, tetapi Shahrizat tetap tidak berganjak akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya. Ramai pula dari kalangan pimpinan Wanita Umno menyokongnya dan mahu dia terus dengan jawatan itu. Apakah dia seorang pimpinan yang baik atau sebaliknya, ia adalah masalah Umno khususnya Wanita Umno seandiri. Jika ia buruk ialah adalah masalah Umno dan Umno dan Wanitanyalah yang akan menanggung bebannya. Jika ia baik pun, dengan segala masalah yang dihadapi, tidak perlulah hendak dibangkit apa yang berlaku yang dialami oleh keluarganya dan dia seandiri pun sudah menerima tempiasnya, maka tidaklah banyak yang menguntungkan partinya. Pembangkang Pakatan Rakyat tidak pula rugi besar kalau dia menang lagi dan tidak pula banyak untungnya kalau dia melepaskan jawatan itu atau Wanita Umno memilih orang lain. Untuk negara, Shahrizat tidak lagi mendatangkan apa-apa keuntungan. Tidak banyak lagi yang dapat dibuatnya dari segi politik kiranya dia menang. Dia sudah tidak menjadi calon dalam pilihan raya umum lalu dan kedudukannya sebagai senator pun tidak disambung. Setakat ini hanya satu keajaiban saya yang memungkinkannya jadi menteri semula. Semua jawatan itu terlucut daripadanya pada masa dia masih ketua Wanita Umno lagi. Sejak wanita diangkat menjadi menteri hanya dalam lima tahun terakhir ini Wanita Umno tidak diwakili dalam kabinet. Mula-mula lepas PRU 2008 apabila Tun Abdullah Badawi menggugur Rafidah Aziz dan Shahrizat kalah dalam pilihan raya. Wanita dalam kabinet tidak lagi diwakili oleh Wanita Umno. Kemudian Najib apabila mengambil alih Pedana Menteri menjadikan Shahrizat senator dan jadilah dia menteri semula. Tetapi kerana yang menimpa keluarganya, Najib tidak menyambung khidmat Shahrizat. Itu latar belakanganya dan dia tidak banyak peranan lagi dalam kerajaan selain dari jadi Ketua Wanita Umno kalau dikekalkan. Dengan imej yang ada padanya, akan jadi momok orang semua kepada Wanita Umno bahawa dalam era transformasinya, itulah rupa transfomasi Wanita Umno dan itulah nilai transformasi yang Najib dapat buat dalam Umno. Dan apabila orang luar tanya siapa pemimpin Wanita Umno? Orang pun berkata begitu dan begini. Pada pembangkang, ia adalah suatu yang baik. Saya tidak mahu mengatakan tokoh-tokoh wanita dalam Pakatan Rakyat baik dan bernilai belaka. Masing-masing ada kelamahan, tetapi dengan Shahrizat sebagai ketua Wanita Umno, maka ia dapat menguntungkan wanita Pakatan Rakyat kerana mereka setakat ini orang yang tiada masalah. Mungkin orang tidak tertarik dengan wanita Pakatan Rakyat, tetapi kerana orang melihat ketua Waanita Umno adalah orang bermasalah dalam politik, maka jadi baiklah wanita-wanita Pakatan Rakyat. Apabila calon Naib Presiden Umno pula antaranya Isa Samad dan Musa Aman, orang yang dikaitkan dengan banyak masalah, dan jika mereka semuanya menang, maka semuanya akan menjadikan Umno perlahan-lahan menjadi kayu buruk. Kekuatan dan kehebatan yang ada pada Khairy Jamaluddin sebagai pemimpin Pemuda Umno tidak terdaya membawa Umno berlari laju kerana ia terpaksa menarik gerabak usang. Dari segi politik pembang eloklah Umno dipenuhi oleh kayu reput belaka. Orang kata, mereka bukan sokong pembangkang tapi Umno rata-rata kayu reput. Di situlah untungnya pembangkang. bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/21710-shahrizat-pertahan-ketua-wanita-umno
Posted on: Sun, 01 Sep 2013 09:43:23 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015