Siapakah Briged Izzuddin Al-Qassam? Briged Al-Qassam merupakan - TopicsExpress



          

Siapakah Briged Izzuddin Al-Qassam? Briged Al-Qassam merupakan barisan ketenteraan HAMAS yang terdiri daripada pemuda-pemuda yang berumur antara 18 hingga 30 tahun, barisan yang mempertahankan Palestin daripada penjajahan tentera zionis. Briged Al-Qassam diasaskan oleh Syeikh Ahmad Yassin, Dr Ibrahim al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984. Antara syarat-syarat yang melayakkan pemuda-pemuda ini untuk menganggotai Briged Al-Qassam adalah seperti berikut: 1. Menjaga solat 5 waktu secara berjemaah. 2. Gigih berpegang dengan ajaran Islam. 3. Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw. 4. Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin. 5. Berdisiplin dan mentaati kepimpinan. 6. Mencintai dan bersedia syahid. Pemuda-pemuda Al-Qassam akan melakukan sujud syukur setiap kali selepas tamat pertempuran melawan tentera zionis. Mereka ialah pejuang-pejuang yang merindui syahid di jalannya, mempunyai peribadi yang mulia dan menjadikan Al-Quran sebagai teman sepanjang masa. Sebagaimana Kontantinopel berjaya dibebaskan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dan tentera-tenteranya seperti yang telah tercatat dalam hadis nabi. Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq, maksudnya: “Konstantinopel (Instanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis riwayat Imam Ahmad). Begitu juga Palestin, tanah suci ini bakal dibebaskan oleh pemuda-pemuda yang hebat! "Al-Aqsa Keprihatinan Bersama" facebook/baaraknahawlahu
Posted on: Mon, 17 Jun 2013 10:24:17 +0000

Trending Topics



>
The family of a Marine killed in an automobile accident cant find
sttext" style="margin-left:0px; min-height:30px;"> Dont call it a comeback I been here for years Rockin my peers

Recently Viewed Topics




© 2015