Skim Rumah Pertamaku (SRP) Skim Rumah Pertamaku (SRP) –Skim - TopicsExpress



          

Skim Rumah Pertamaku (SRP) Skim Rumah Pertamaku (SRP) –Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka. Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Kerajaan telah mengumumkan dalam Bajet 2013 yang had pendapatan kasar akan ditingkatkan dari RM3,000 kepada RM5,000 sebulan dan beberapa kriteria kelayakan tertentu akan dimansuhkan berkuat kuasa dengan serta merta. Perubahan akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2013. Harta Yang Layak Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia Nilai minimum hartanah RM100,000 Nilai maksimum hartanah RM400,000 Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan) Skim ini hanya terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta sahaja. Daftar Online Maklumat lanjut mengenai pinjaman boleh diperoleh di bank-bank terbabit atau layari laman web srp.my.
Posted on: Wed, 27 Nov 2013 22:33:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015