Soal Jawab bersama Mufti Wilayah Persekutuan Soalan: Dewasa ini - TopicsExpress



          

Soal Jawab bersama Mufti Wilayah Persekutuan Soalan: Dewasa ini timbul penceramah penceramah yang cenderung kearah ajaran wahabi. Baru baru ini saya mendengar ada dari kalangan mereka yang menggunakan hujjah berhubung peristiwa israk dan mikraj Rasulullah. Benarkah tanggapan mereka bahawa Rasulullah dimikrajkan untuk berjumpa Allah? Apakah pandangan tuan mufti berhubung perkara ini. Mohon pencerahan. Terima kasih Jawapan: بسم الله الرحمن الرحيم الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله Mikraj merupakan perjalanan yang dimulai dari masjid Al-Aqsa di Palestin ke langit yang ke tujuh dengan menaiki tangga yang terpaut di antara langit dan bumi mengunakan anak tangga yang diperbuat daripada emas dan perak. Antara tujuan dimi`rajkan Nabi ke langit adalah untuk diperlihatkan keajaiban di alam atasan dan bukannya untuk bertemu dengan Allah kerana Allah wujud tanpa bertempat. Dan ini selari dengan Firman Allah dalam surah al-Isra`, ayat 1 : سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Menurut ulama Ahlus Sunnah Wa al-Jamaah bukanlah maksud atau tujuan dimirajkan Rasulullah agar naik dan sampai ke suatu tempat yang mana di situ Baginda menemui Allah, bahkan sesiapa yang meyakini perkara tersebut adalah keluar daripada Islam. Akan tetapi, maksud dari miraj adalah untuk memuliakan Rasulullah Salla Allahu Alayhi Wa Sallam dengan diperlihatkan kepadanya keajaiban-keajaiban yang ada di alam atasan, serta untuk memuliakan kedudukannya dan juga beliau dapat melihat hakikat Allah dengan hatinya tanpa Allah berada di suatu tempat, akan tetapi yang berada di tempat adalah Rasulullah Salla Allahu `alayhi Wa Sallam (lihat al-Hafiz al-Muhaddith al-`Arif Billah Abdullah al-Harari di dalam kitabnya Sirat al-Mustaqim, halaman 40. Jelas di sini bahawa tujuan berlakunya peristiwa ini ialah memberi penghormatan terhadap baginda, dan bukanlah menunjukkan bahawa Allah Taala berada di atas arasy lalu baginda naik ke atas untuk bertemu denganNya. Ini adalah suatu perkara yang mustahil bagi Allah kerana Dia tidak perlu kepada tempat dan arah. Tempat dan arah adalah keperluan bagi makhluk sahaja. Allah berfirman di dalam surah ali-Imran, ayat 97 : فَإِنَّ اللهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ Maksudnya: Maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak perlu) akan sekalian alam. Tambahan lagi, Allah Tabaraka Wataala adalah pencipta bagi tujuh lapisan langit dan pencipta bagi segala lokasi atau tempat, kewujudanNya yang Maha Agung sebelum terciptanya segala tempat tanpa bertempat sejak azali lagi. Lantaran itu, tidak wajar sama sekali beriktiqad bahawa Allah Taala wujud dengan bertempat atau berada di setiap lokasi atau wujud di langit dengan zatNya atau menetap atau bersemayam di atas arasy atau menyilap di awang-awangan atau mempunyai jarak tertentu sama ada dekat atau jauh. Maha Suci Allah Taala daripada tanggapan yang demikian itu. Di dalam Islam, meyakini kepercayaan yang sedemikian ini adalah kufur. Imam Sayyiduna `Ali ibn Abi Talib radiyaLlahu `anhu (w. 40 H) berkata: كان - أي الله- ولا مكان وهو الآن على ما كان. اهـ. Maksudnya: Allah wujud sejak azali tanpa bertempat sekarang (setelah adanya tempat) Allah tetap sediakala (wujud-Nya azali tanpa bertempat). (Diriwayatkan oleh Abu Mansur al-Baghdadi dalam kitabnya al-Farq baynal-Firaq). Al-Tabi^i al-Jalil al-Imam Zaynul-`Abidin `Ali ibn al-Husayn radiyaLlahu ^anhuma (w. 94 H) berkata dalam kitabnya al-Sahifatus-Sajjadiyyah: أنت الله الذي لا يحويك مكان اهـ. Maksudnya:Engkaulah Allah yang tidak diliputi oleh suatu tempat pun. [Dinukilkankan oleh al-Hafiz Muhammad Murtada al-Zabidi dalam kitabnya Ithaf al-Sadatil-Muttaqin. Begitu juga tidak boleh beriktiqad bahawa Allah Ta^ala wujud di semua arah atau salah satu daripada arah-arah tersebut. Salah seorang ulama salafussoleh, Imam Abu Jaafar al Thahawi telah berkata dalam kitab aqidahnya yang berjudul al-Aqidah al-Thahawiah seperti berikut: ولا تحويه الجهات الست كسائر المبتدعات Maknanya: Dan tidak meliputiNya arah (lokasi) yang enam seperti sekalian makhlukNya. Yang dimaksudkan dengan arah yang enam (الجهات الست) ialah bahagian atas, bawah, kanan, kiri, depan dan belakang. والله أعلم وأحكم
Posted on: Sat, 25 Jan 2014 12:44:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015