Soalan 42, tarikh 12/04/2012: Saya berharap daripada tuan syeikh - TopicsExpress



          

Soalan 42, tarikh 12/04/2012: Saya berharap daripada tuan syeikh agar dapat menjelaskan perbezaan antara negara Islam (دار الإسلام) dan negara Perang (دار الحرب). Adakah negara Palestin sebuah negara Islam atau negara Perang kerana saya ada terdengar setengah orang mengatakan Palestin merupakan negara Perang? Jawaban al-Buti: Negara Perang adalah sebuah negara yang tidak pernah ditakluk oleh orang Islam dan wujudnya keadaan peperangan antara negara Perang dengan orang Islam. Manakala negara Palestin dan kawasan-kawasan negara Syam yang lain merupakan negara Islam kerana ianya sebuah negara yang telah ditakluk pada zaman sayyidina Umar. Sesebuah negara Islam tidak akan menjadi negara Kafir (دار كفر) atau negara Perang kerana dijajah oleh musuh-musuh Islam sebagaimana yang telah berlaku ke atas negara Palestin. Dari sudut hukumnya, negara Palestin akan tetap berstatus sebuah negara Islam. Bertitik tolak daripada itu, maka menjadi satu kewajipan ke atas seluruh orang Islam berjihad untuk mengembalikan bumi Palestin ke bawah naungan Islam .
Posted on: Wed, 17 Jul 2013 23:44:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015