Soalan-soalan yang dikemukakan oleh ADUN Air Itam (DAP) YB Wong - TopicsExpress



          

Soalan-soalan yang dikemukakan oleh ADUN Air Itam (DAP) YB Wong Hon Wai untuk persidangan Dewan undangan Negeri Pulau Pinang pada 29-11-2013 1) Lisan ID 3 Soalan : Memandangkan sisa pepejal yang semakin meningkat kuantitinya, apakah perancangan dan dasar baru Kerajaan Negeri dalam pengurusan kutipan, pengangkutan dan pelupusan sisa pepejal di Bahagian Pulau dan di Seberang Perai untuk 10 tahun akan datang. 2) Lisan ID 4 Soalan : Huraikan apakah usaha, permasalahan dan jadual pelaksanaan program Teknologi Maklumat Kerajaan Negeri, MPPP dan MPSP dalam menghubungkan database masing-masing kepada Jabatan Pendaftaran Negara secara online dan real time untuk mengesan samada seseorang pembayar cukai, penyewa rumah kerajaan atau penerima kebajikan sudah meninggal dunia? 3) Lisan ID 10 Soalan : (a) Nyatakan angka terkini bilangan pekerja asing yang mempunyai permit kerja sah di negeri Pulau Pinang dan pecahan mengikut sektor dan negara asal. (b) Apakan strategi Kerajaan Negeri dalam mengurangkan kepergantungan ekonomi Pulau Pinang kepada pekerja asing. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1) Bertulis ID 45 Soalan : Apakah perancangan Kerajaan Negeri, JKR dan MPPP terhadap masalah trafik yang semakin banyak dan sesak sepanjang Teluk Kumbar ke Bayan Lepas dan bila ia akan dilaksanakan? 2) Bertulis ID 129 Soalan : 1a) Berapakah duti hiburan yang dikutip oleh Kerajaan Negeri bagi tiga tahun kebelakangan ini? Sila senaraikan mengikut kategori hiburan. b) Bagaimana kutipan duti hiburan ini digunakan untuk menggalakkan aktiviti kesenian, kebudayaan dan hiburan dalam negeri Pulau Pinang. Sila huraikan dengan angka-angka peruntukan. 3) Bertulis ID 130 Soalan : a) Apakah perancangan telekomunikasi Next Generation Network (NGN) Kerajaan Negeri / PDC? b) Berapa wang peruntukan untuk NGN dan apakah Return on Investment bagi projek NGN ini. 4) Bertulis ID 131 Soalan : a) Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf Dewan Sri Pinang sebagai satu pusat aktiviti kesenian dan kebudayaan di negeri Pulau Pinang. b)Senaraikan nama dan jawatan dalam jawatankuasa yang menguruskan Dewan Sri Pinang dan jawatankuasa naik-taraf tersebut. 5) Bertulis ID 132 Soalan : a)Berapakah orang staf di bawah bahagian COB MPPP dan MPSP masing-masing dan kategori jawatan mereka? b) Berapakah bilangan bangunan tinggi yang di bawah kawal seliaan COB MPPP dan MPSP masing-masing? 6) Bertulis ID 134 Soalan : Apakah maklumbalas terkini berkenaan teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Pulau Pinang tahun 2010 (ms 55) bahawa JKR perlu menyediakan rekod penyenggaraan jalan raya. Senaraikan rekod penyelenggaraan jalan dari segi kekerapan dan kos penyelenggaraan bagi :(i)Lorong Batu Lanchang (ii)Jalan Paya Terubong (iii)Jalan Pasar (iv)Jalan Air Itam 7) Bertulis ID 138 Soalan : Mural “Little Children On A Bicycle” memenangi 15 murals paling popular di seluruh dunia oleh akhbar “The Guardian”, British. Tetapi juga timbul banyak graffiti di dinding-dinding bangunan lama George Town. a) Apakah mekanisme kawalan terhadap graffiti sedemikian? b) Berapakah permohonan yang diluluskan dan ditolak? Senaraikan alasan penolakan. 8) Bertulis ID 142 Soalan : Sila berikan butiran transaksi hartanah kepada orang asing di seluruh Pulau Pinang bagi tahun 2012 dan 2013 a) Jumlah transaksi dan nilai setiap transaksi mengikut daerah. b) Statistik negara asal orang asing 9) Bertulis ID 143 Soalan : Sila berikan butiran transaksi hartanah kepada orang asing di kawasan core zone dan buffer zone kawasan warisan George Town dari 7-7-2008 sehingga 2013 a) Jumlah transaksi mengikut tahun b) Lot-lot No. berkenaan 10) Bertulis ID 147 Soalan : Senaraikan semua tapak-tapak perkuburan (termasuk columbarium) Cina, Kristian, Hindu dan lain-lain agama bukan Islam yang telah a) diluluskan pemberimilikan b) diluluskan rezoning menjadi kubur sejak tahun 2008 sehingga sekarang. Sila nyatakan lot no dan keluasan masing-masing. 11) Bertulis ID 149 Soalan : a)Senaraikan hotspot Penang Free WiFi di KADUN Air Itam yang aktif pada masa kini. b)Apakah kadar penggunaan Penang Free WiFi dan berapakah pengguna aktif yang berdaftar di seluruh Pulau Pinang? 12) Bertulis ID 150 Soalan : (a) Apakah pencapaian program dan perancangan baru yang dilaksanakan oleh Botanical Garden sejak pentadbiran baru pada 2012 sehingga kini? (b) Apakah hasil lawatan dan apa yang dipelajari oleh delegasi Kerajaan Negeri ke Kew Garden, London? 13) Bertulis ID 151 Soalan : Sila berikan pecahan jumlah buku mengikut bahasa, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris , Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil ditambah dalam inventori buku Perpustakaan Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2012 dan 2013 melalui kategori a)Perolehan mengikut peruntukan Kerajaan Persekutuan b) Perolehan melalui peruntukan Kerajaan Negeri c)Dermaan orang ramai 14) Bertulis ID 152 Soalan : Senaraikan semua kes sivil, jenis kes dan kuantum yang terlibat sejak tahun 2008 di mana Kerajaan Negeri dan agensi-agensi Kerajaan Negeri disaman dan diputuskan oleh Mahkamah untuk membayar pampasan atau kos kepada pihak yang menyaman. Samada terdapat rayuan dan berapa pembayaran dibuat mengikut setiap kes. 15) Bertulis ID 153 Soalan : a)Berapakah kes penceraian yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan di Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2011, 2012 dan 2013? b) Apakah program yang dijalankan oleh MMK Pembangunan Keluarga terhadap trend penceraian ini? 16) Bertulis ID 154 Soalan : Apakah program selain dari program Sukan yang dijalankan oleh MMK Belia dalam membimbing golongan belia dalam pembinaan diri dan negara? Berapakah peruntukan wang yang terlibat dalam setiap program tersebut? 17) Bertulis ID 155 Soalan : Apakah persiapan dan program kepada penjawat awam untuk memberikan pendedahan kepada mereka terhadap pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Pulau Pinang. Sila berikan tarikh mesyuarat / taklimat atau program tersebut. 18) Bertulis ID 156 Soalan : Apakah program yang dijalankan di bawah MMK Perdagangan Dalam Negeri untuk melindungi pengguna dan pendidikan kepada pengguna? 19) Bertulis ID 157 Soalan : Senaraikan langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah lalu lintas yang semakin banyak di kawasan Air Itam. Apakah perancangan baru dan jadual pelaksanaan. 20) Bertulis ID 158 Soalan : Apakah peranan Penang Global Tourism Sdn Bhd dan berapakah misi penarikan pelancongan dalam Negara dan di negara asing sejak penubuhan dan hingga kini dan siapakah yang turut serta dalam misi tersebut bersama destinasi. Berapakah kos yang terlibat bagi setiap misi dan program yang diadakan semasa misi tersebut. 21) Bertulis ID 160 Soalan : (a) Apakah program dan projek teknologi maklumat yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri, MPPP , MPSP pada tahun 2012 dan 2013 untuk meningkatkan produktiviti kerja. (b) Apakah perancangan dalam 2 tahun yang akan datang. 22) Bertulis ID 161 Soalan : Senaraikan nama jawatan-jawatan yang disandang di badan statutori dan GLC oleh setiap ahli EXCO (termasuk ex-officio) Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 23) Bertulis ID 162 Soalan : Apakah cabaran fizikal dari segi kepanjangan, kedalaman serta keadaan fizikal undersea tunnel antara Pulau dan Seberang Perai yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri berbanding dengan undersea tunnel yang terkemuka di dunia iaitu Channel Tunnel (hubungi Britain dan Perancis), Seikan Tunnel (hubungi Honshu dan Hokkaido, Japan) dan Marmoray Tunnel (Turkey). 24) Bertulis ID 163 Soalan : (a) Senaraikan semua kolam takungan milikan pengurusan bangunan tinggi di Bahagian Pulau yang diluluskan oleh MPPP. (b) Apakah polisi dan tanggungjawab serta jadual pemantauan JPS, COB dan PBT terhadap kolam takungan sedemikian yang bakal menjadi punca banjir. 25) Bertulis ID 186 Soalan : (a) Senaraikan nama JKKK mengikut KADUN yang mempunyai Pengerusi dan/atau Setiausaha wanita. (b) Senaraikan bilangan ahli wanita (termasuk Pengerusi dan Setiausaha) dalam setiap JKKK mengikut KADUN. 26) Bertulis ID 383 Soalan : Sila berikan maklumat terhadap sektor pelancongan di Pulau Pinang bagi tahun 2011, 2012 dan 2013 dari segi : a) Bilangan ketibaan orang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, b) Bilangan penginapan di hotel-hotel di Pulau Pinang. 27) Bertulis ID 410 Soalan : Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Jabatan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri terhadap pencemaran petroleum hydrocarbon yang wujud di sepanjang selat menghubungkan Pulau dan Seberang Perai seperti yang dilaporkan dalam World Applied Sciences Journal 23(11): 1481-1488 tahun 2013. 28) Bertulis ID 420 Soalan : (a) Apakah Indeks bekalan elektrik System Average Interruption Duration (Saidi) bagi Pulau Pinang pada amnya dan kawasan Air Itam pada khasnya pada 3 tahun kebelakangan ini? (b) Apakah langkah yang diambil untuk mengurangkan kejadian terputus bekalan elektrik di Pulau Pinang amnya dan Air Itam khasnya. 29) Bertulis ID 503 Soalan : Apakah status terkini, jadual pelaksanaan dan permasalahan cadangan projek Pusat Dialysis yang didirikan oleh Kerajaan Negeri? 30) Bertulis ID 504 Soalan : Apakah status terkini, jadual pelaksanaan dan permasalahan yang dihadapi terhadap pelan-pelan: (a) SPU, SPT, SPS Draft Local Plan (b) Penang Island Draft Local Plan (c) Special Area Plan bagi Tapak Warisan Georgetown dan Botanical Garden.
Posted on: Thu, 14 Nov 2013 04:43:43 +0000

Trending Topics



This is going to be a really good couples study held at the Chapel

Recently Viewed Topics




© 2015