Sudah lama tertangguh nak tulis post ni, cerita pengalaman - TopicsExpress



          

Sudah lama tertangguh nak tulis post ni, cerita pengalaman bersembang dengan seorang international student yang memegang status warganegara Palestin pada suatu malam di Masjid UIAM. Bicara tentang bumi Ghazah, kerisauan dan realiti semasa di sana. Terpancar keterujaannya bila kami minta dia menceritakan realiti sebenar di sana, seakan-akan telah lama terbuku di hatinya untuk berkongsi dengan umat islam luar bumi barakah sana. Perkara utama yang beliau minta sampaikan adalah silap faham mayarakat dunia yang seseolah meletakkan Ghazah itu sebagai sebuah negara, sedih dia membaca lukisan dan tulisan di t-shirt sokongan yang tertulis Free Ghaza. Seperti masyarakat memandang Ghaza itu sebuah negara yang tersempit dengan kekejaman israel dan harus dibebaskan, katanya tidak pernah wujud negara Ghaza, yang ada hanya negara Palestin, Ghaza hanyalah satu kawasan kecil daripada Palestin. Palestin itu merangkumi satu kawasan luas berbanding Ghaza itu sendiri, seluruh tanah yang diduduki Zoinis kini adalah dulunya wilayah Palestin. Katanya jangan memandang perjuangan rakyat Palestin itu sekadar membebaskan mereka daripada kekejaman Zoinis semata, perjuangan rakyat Palestin adalah jihad menuntut kembali tanah air mereka dan tanah suci Islam yang sewajibnya menjadi tanggungjawab ke atas setiap individu muslim kerana tidak pernah wujud negara Israel.. Bersambung...
Posted on: Tue, 15 Oct 2013 14:45:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015