Surah Insyirah membuat hati yg runsing, gemuruh & nervous - TopicsExpress



          

Surah Insyirah membuat hati yg runsing, gemuruh & nervous menjadi tenang,- Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah. seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku.”- Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.- Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.- Barangsiapa membaca Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.- Bila ditiupkan ayat ini di ubun2 anak, maka anak tu akan lembut hati nya & dengar kata... InsyaAllah.... Wallahualam.........**************************** Saya sertakan juga bacaan Surah Alam Nasyrah dalam rumi: Alam nashrah laka sadrak Wa wa-dok - naa anka wizrak Allazii anqadha dhahrak Wa rafa - na laka zikrak Fa - inna ma - al - usri yusraa Inna ma al - usri yusraa Faa - izaa faragta fansab Wa ilaa Rabbika fargab Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Posted on: Mon, 02 Dec 2013 13:37:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015