~Surau vs Tokong~ Sekarang tengah famous isu sami buddha sembah - TopicsExpress



          

~Surau vs Tokong~ Sekarang tengah famous isu sami buddha sembah berhala dalam surau dan perkara itu ada yang menentang dan ada yang pertahankan... Kebanyakan yang menentang perbuatan itu adalah dari golongan ulama Ahlu sunnah wal jamaah... Kebanyakan yang pertahankan mereka pula dari golongan Wahabi/Salafi atau yang berkaitan.....ada juga sebahagian ahli politik pembangkang yang mempertahankan hak sami buddha tu sebab kerajaan memilih untuk membangkangnya...(Biasalah tu politik,kalau kerajaan pilih untuk bangkang,pembangkang pilih untuk menyokong....dan sebaliknya) Tapi kebanyakan ye..bukan semua... Apa yang menarik minat saya ialah saya terbaca dalam satu artikel akhbar berbahasa inggeris tentang ex mufti sebuah negeri dalam Malaysia yang terkenal dengan fahaman tidak mahu bermazhabnya keluarkan kenyataan mempertahankan hak orang buddha untuk menggunakan surau orang Islam sebagai tempat menyembah berhala... Antara dalil yang dia pakai ialah seperti biasa bahawa "islam itu mudah", "islam itu toleransi" dan dalil hadis yang dia pakai ialah hadis tentang Nabi benarkan rombongan Nasrani menggunakan masjid nabawi untuk bersembahyang.... Bagi yang menentang pula,mereka berdalilkan bahawa orang bukan Islam tidak boleh sama sekali menggunakan tempat ibadat orang islam sebagai tempat ibadat mereka kerana kerajaan telah pun sediakan rumah ibadat untuk agama tersebut,jadi tidak patut timbul isu ini melainkan untuk menghina agama islam semata-mata... Saya bukanlah nak carik gaduh ke apa,tapi ada yang tanya saya pula berada di pihak mana? Jujurnya saya menyokong pihak yang menentang perkara itu...sebab-sebabnya adalah: 1) Benar kerajaan Malaysia telah sediakan masjid dan surau untuk orang Islam,kuil untuk Hindu,tokong untuk Buddha,gereja untuk Kristian. Mengapa perlu timbulkan isu sensitif seperti ni? Bukankah itu menunjukkan betapa tidak cerdiknya mereka? Atau pun ia memang satu konspirasi untuk "menguji" tahap sensitiviti umat Islam di Malaysia untuk dijadikan bahan fitnah yang kononnya Islam ni ajarkan ajaran radikal dan lain-lain?Kenapa tak sembah tokong tu di gereja je? 2) Dalil hadis yang digunakan oleh ex mufti itu bahawa Nabi benarkan rombongan Kristian beribadat cara Kristian dalam masjid Nabawi adalah tertolak 100% kerana agama Nasrani/Kristian itu merupakan agama samawi (agama wahyu) yang pada zaman itu dikenali sebagai ahli kitab bukannya agama ciptaan manusia seperti Hindu,Majusi,Buddha dan lain-lain. Seluruh hidup Nabi menentang berhala maka bagaimana mungkin Nabi akan benarkan berhala disembah di dalam rumah ibadat orang Islam? Faktanya yang berlaku di surau Malaysia ni adalah upacara menyembah berhala agama Buddha di dalamnya bukannya upacara keagamaan Kristian... Islam memang bersikap toleransi dengan ahli kitab (Yahudi dan Kristian) sehingga pada zaman dahulu sembelihan mereka juga halal dimakan bahkan mereka boleh dikahwini walaupun belum memeluk Islam..tapi untuk penyembah berhala,tidak ada toleransi dalam aspek agama untuk mereka.Mereka cuma mendapat hak toleransi kemanusiaan sahaja seperti bersikap baik sesama kepada mereka,menghormati mereka,tidak menipu mereka,tidak menzalimi mereka dan sebagainya... Sebab itu ketika hari Fathu Mekah,Nabi arahkan para Sahabat untuk hancurkan berhala yang berada di sekeliling Kaabah..tidak toleransi kah Nabi kita? Jadi adalah sangat tidak patut melihat satu hadis dan terus mengeluarkan hukum tanpa memenuhi syarat-syarat ijtihad.... 3) Jika mereka mengatakan kononnya ia bukan Masjid tetapi cuma surau sehingga tidak mengapa penyembah berhala untuk masuk dan menyembah berhala di dalamnya, maka itu juga tidak patut kerana surau merupakan syiar Islam dan dianggap sebagai "Masjid kecil", seharusnya kita menjaga surau kita sepertimana kita menjaga Masjid kerana surau hanya difahami sebagai ruang ibadat umat Islam,bukan agama lainnya. Note: Tidaklah patut kita mempertahankan sesiapa pun yang cuba untuk menghina syiar Islam,jika tidak mahu menentang sekalipun,sekurang-kurangnya janganlah kita menyokong. Itu hanya menyebabkan perpecahan sesama kita umat Islam. Apa salahnya kita bersatu apabila Islam dihina? Bukankah Islam itu milik bersama? Mengapa perlu "menarik perhatian" orang ramai dengan meletakkan diri sebagai orang yang sering khilaf dengan orang ramai khususnya umat Islam? So itu pendapat saya, pendapat saya tidak semestinya betul sebab saya bukan Nabi. Apa pulak pendapat kalian? :)
Posted on: Thu, 15 Aug 2013 07:37:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015