Syariat Islam itu umpama landasan rel kereta api yang perlu supaya - TopicsExpress



          

Syariat Islam itu umpama landasan rel kereta api yang perlu supaya kereta api menuju dan tiba ke destinasinya. Landasan itu adalah al-Quran dan sunah yang ditinggalkan oleh nabi kepada umat Islam. Nabi pernah berpesan, ” Aku tinggalkan kepada kamu perkara itu, kamu tidak sesat selama-lamanya, iaitu al-Quran dan sunahku.” Hadis ini direkodkan oleh Hakim dan Ibnu Baihaqi, dan dilaporkan oleh Abu Hurairah. Landasan hidup yang salah pula dikenali sebagai jahiliah. Umat Islam perlu mengenali jahiliah yang wujud pada zaman mereka supaya mereka tidak terpengaruh. Berhubung dengan ini, Umar al-Khattab pernah berkata, “Ikatan Islam terungkai satu demi satu daripada diri orang itu, sekiranya dia tidak mengenali jahiliah.” Landasan yang salah mendatangkan kesempitan serta penderitaan dalam hidup. Gerabak kehidupan kita terbatas tanpa landasan. Nabi Muhammad berkata, “Nikah itu sunahku. Siapa yang tidak mengerjakan sunahku, dia bukan daripada golongan aku.” Rukun Nikah Calon suami, iaitu lelaki. Calon isteri, iaitu perempuan. Wali. Dua orang saksi. Ijab dan kabul, iaitu akad. Syarat sah perkahwinan mengikut islam adalah ringkas dan mudah. Syarat Sah Nikah Untuk Suami Beragama Islam. Lelaki. Bukan mahram dengan bakal isteri. Kemahuan sendiri dan bukan dipaksa. TIdak sah sekiranya perkahwinan dipaksa. Jelas siapa orangnya. Tidak berada dalam ihram haji. Calon suami tidak mempunyai isteri lebih daripada tiga orang. Syarat Sah Nikah Untuk Isteri Beragama Islam. Wanita. Bukan mahram dengan bakal suami. Tidak berada dalam idah. Bukan isteri orang. Kemahuan sendiri dan merdeka. Jelas siapa orangnya. Tidak berada dalam ihram haji. Syarat Mahar Atau Mas Kahwin Harta yang diberikan itu adalah harta yang bernilai atau berharga. Benda yang diberikan itu perlu bersih, iaitu bukan najis. Harta yang diberikan itu bukan harta rampasan. Harta untuk mas kahwin itu perlu jelas bendanya ataupun jumlahnya. Tiada syarat sah nikah diatas yang menunjukkan perkahwinan itu perlu dilakukan dengan tujuh khemah dan disertai dengan 10 dulang hantaran. Tidak perlu juga kepada pelamin, baju pengantin yang spesifik, serta hiasan dalam bilik tidur pengantin. Untuk tips wang hantaran perkahwinan boleh baca lah membaca entri Wang Hantaran Perkahwinan yang sesuai diberikan oleh pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan. Apabila dibaca berkenaan syarat sah nikah dalam Islam, ia sungguh mudah dan murah. Apa yang menyusahkan dan membuatkan ramai orang berhutang keliling pinggang, adalah hanya adat yang dicipta oleh orang zaman purba. Kita juga tidak tahu, sekiranya orang yang mencipta adat itu adalah datuk dan nenek moyang kita yang bukan beragama Islam. Munking mereka hidup sebelum sultan Melaka memeluk agama Islam. Tips Bakal Pengantin Syarat Sah Nikah Itu Mudah Seperti yang kita sedia maklum, Allah menjadikan kita berpasangan. Sudah menjadi lumrah semula jadi, kita suka kepada manusia berbeza jantina daripada kita. Sekiranya kita lelaki, kita suka kepada perempuan begitulah sebaliknya. Allah menghalalkan hubungan intim antara lelaki dan perempuan dengan syarat kita memenuhi syarat-syarat sah nikah tersebut. Kita lebih memerlukan duit selepas berkahwin. Oleh itu, cukup sekiranya jumlah belanja untuk perkahwinan sekadar memnuhi keperluan hukum allah. Untuk mengetahui cara bagaimana untuk mengurangkan kos perkahwinan anda boleh membaca entri Tips Kurangkan Kos Perkahwinan Bahagian 1 dan Tips Kurangkan Kos Perkahwinan Bahagian 2. Sekian, terima kasih Read more: sharafie.net/tips-bakal-pengantin-syarat-sah-nikah-itu-mudah/#ixzz2elO0VnSc
Posted on: Fri, 13 Sep 2013 09:27:10 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015