TEMPAHAN KOLEJ - Hari ini saya telah mengadakan mesyuarat bersama - TopicsExpress



          

TEMPAHAN KOLEJ - Hari ini saya telah mengadakan mesyuarat bersama kesemua pengurusan kolej dan berikut adalah perkara-perkara yang ingin saya sampaikan. 1. Jumlah pengumpul merit: 2249 (W) dan 1302 (L). 2. Jumlah Merit tertinggi: 597 (W) dan 672 (L). 3. Jumlah Merit terendah: 2 (W) dan 2 (L). 4. Kekosongan Kolej Redang: 752 (W) dan 574 (L) dengan jumlah keseluruhan 1326. Proses seterusnya: 1. Nama-nama siswa/i yang aktif didalam kelab akan mula dimasukkan kedalam Kolej Duyung dan Kolej Perhentian. 2. Sistem akan dibuka bagi membolehkan residen yang menempah di Kolej Tenggol untuk menukar tempahan ke Kolej Perhentian. 3. Sistem akan ditutup untuk menguruskan Borang Rayuan Kolej. Proses Rayuan: 1. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon merit tinggi yang dikeluarkan oleh sistem. 2. Nama akan dimasukkan terus kedalam bilik-bilik yang masih kosong. Kolej Redang: 1. Pengurusan akan cuba memanipulasi dengan jumlah bilangan pengambilan pelajar baru November 2013. 2. Jika jumlah pelajar lelaki sedikit, bagi mengelakkan pembaziran ruang kolej lelaki (seperti yang berlaku pada semester ini), kemungkinan hanya 1 blok pelajar lelaki sahaja yang akan dibuka dan ini memberi ruang yang lebih kepada permohonan rayuan siswi seterusnya. Keputusan Rayuan Kolej: Bagi memaksimumkan kapasiti kolej, keputusan rayuan seperti biasa, akan hanya dibuat selepas beberapa hari pendaftaran pelajar baru November 2013 dilakukan.
Posted on: Mon, 23 Sep 2013 05:57:49 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015