TITIPAN JELAJAH UMNOKU Pemilihan UMNO 2013 Siri 1/3 Pemilihan - TopicsExpress



          

TITIPAN JELAJAH UMNOKU Pemilihan UMNO 2013 Siri 1/3 Pemilihan UMNO kali ini merupakan khutub khannah terbaik dalam menitip pengalaman dan pengetahuan dalam perjuangan. Pelbagai babak berlaku yang bermain dengan emosi serta menuntut gerakan jentera minda membuatkan saya bertambah matang mengemudi langkah sebagai seorang ahli parti. Selesai saja persidangan sayap gerakan parti pada 12 Oktober, saya sempat bersama-sama beberapa calon masuk menziarahi cawangan dan perwakilan. Jelas, kasih kita pada mereka hanya seperti cendawan saja.. Tumbuh subur di sana sini semasa musim hujan! Setelah hampir lima tahun kemarau prihatin mereka alami setelah pemilihan parti ditangguhkan kerana PRU13, sungguh jelas kita (khususnya di bahagian saya) mengabaikan amanah dan harapan ahli2 akar umbi. Sebelum, ini mana ada yg melawat kecuali kerana arahan (merasmikan program, mengiring ahli2 YB) Tidak ada yg berkata melaporkan.. bahawa ada kepimpinan parti samada di peringkat Bahagian atau lebih yang mengambil inisiatif masuk melawat kerana ikhlasnya ingin mengenali dan bertanya soal khabar susah dan senang. Hampir menitis air mata saya melihat ada Ketua Cawangan Parti (UMNO =Kerajaan BN) yang hadir dengan baju kemeja lusuh dan koyak sedikit. Malah terpaksa meredah hujan renyai melangkah di malam yang malap kerana belum daya mempunyai kenderaan sendiri. Tambah terkesima bila mendapat tahu bahawa beliau sudah menjadi Ketua Cawangan hampir 20 TAHUN!! Tambah lagi tersentuh perasaan saya bila beliau bertanya kepada saya jika dapat membawanya ke Persidangan Agung Parti Disember kelak di Kuala Lumpur kerana tidak pernah berpeluang menawarkan diri atau ditawarkan. Insya-Allah, pakcik.. saya akan pastikan langkah pakcik sampai ke Dewan Merdeka Disember ini.. INI JANJI SAYA! Selepas itu, saya berpeluang mengikuti sesi pengenalan calon2 yang menawarkan diri untuk memikul tanggungjawab (bukan jawatan sebenarnya yg dipikul). Dari kepimpinan tertinggi Bahagian sehinggalah ke Perwakilan 7 semuanya diperkenalkan agar mudah bagi perwakilan menelaah dan membuat penilaian sendiri. Hati saya yang pada mulanya agak ceria kerana dapat bertemu ahli2 akar umbi yang pernah bersama2 saya mengikuti kursus2 anjuran parti menjadi sayu apabila diperkenalkan dengan calon-calon Perwakilan 7 yang akan mewakili Bahagian ke Perhimpunan Agung. Apa tidaknya, ramai kalangan mereka mampu pergi sendiri! Malah ada yang sudah pernah ke Perhimpunan Agung sebagai Perwakilan 7 sebelum ini. Bukan ingin menidakkan peluang atau menjadi pengacau hak anda untuk menawarkan diri, tapi berpada dan bertimbang rasalah!!!Bagi la peluang Ketua2 Cawangan yang tidak pernah merasa.. Anggaplah itu hadiah kita kepada mereka.. Jangan semuanya kita2 juga mau sapu, projek sapu, peruntukan sapu, subsidi sapu, sampai tiket untuk ke perhimpunan agung pun kita sapu!! UKUR2 BAH KEMAMPUAN KITA SENDIRI.. KALAU MAMPU BELI TIKET (MALINDO AIR BARU RM89 SEHALA) JANGANLAH SAMPAI SISA2 PUN KITA HIRUP SEHABISNYA!! MALU SAYA JADI AHLI PARTI! -BERSAMBUNG-
Posted on: Sun, 20 Oct 2013 10:13:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015