[Temubual bersama Osama Mursi, anak lelaki Presiden Mesir] Sophie - TopicsExpress



          

[Temubual bersama Osama Mursi, anak lelaki Presiden Mesir] Sophie Shevardnadze : Terima kasih kerana bersetuju untuk temubual ini. Adakah anda sedang bersembunyi dan apa sebenarnya yang anda takut? Osama Mursi : Saya tidak bersembunyi. Saya telah berada dalam kalangan pendukung revolusi muda Mesir sejak Januari 25, 2011. Hari ini anak-anak muda keluar ke medan-medan negara untuk mempertahankan revolusi demokrasi . Saya ingin katakan ini lagi. Saya adalah salah seorang daripada mereka yang mempertahankan sebab tercetusnya revolusi Januari dan pencapaiannya. Saya berada di luar sana di jalan-jalan dengan yang lain. Saya fikir kita perlu mengekalkan pencapaian revolusi Januari. Kita perlu tetap dengan tujuan itu, yang kini telah diancam oleh kumpulan yang menganjurkan rampasan kuasa berdarah di Mesir. Kami sedang mempertahankan tujuan revolusi. Jawatan Presiden Mesir adalah sebuah institusi yang telah ditubuhkan atas kehendak rakyat selepas revolusi. Keadaan hari ini bukan hanya masalah Presiden, bahkan ia adalah satu pencabulan terhadap kehendak rakyat, perlembagaan, undian rakyat, dan ia menentang Presiden yang dipilih secara sah. Semua institusi-institusi ini telah dihapuskan hasil daripada rampasan kuasa dan ia tidak boleh dibenarkan. Rakyat Mesir tidak boleh jadi pemerhati sahaja. Dan kumpulan yang menganjurkan rampasan kuasa tidak seharusnya berfikir bahawa mereka lebih berjaya mendapatkan kehendak rakyat. Ini tidak akan berlaku. Selepas 25 Januari, rakyat Mesir telah mendapat apa yang mereka perjuangkan. Kami, sebagai rakyat dan pemimpin, tidak boleh menyerahkannya kepada rejim berdarah ini. Sophie Shevardnadze : Anda mengatakan anda tidak bersembunyi tetapi ia begitu sukar untuk menguruskan temubual dengan anda. Terdapat begitu banyak rahsia di sekitarnya. Apa yang anda katakan-adakah ini bermakna anda boleh dilihat di jalan-jalan setiap hari dengan penyokong anda? Osama Mursi: Ya, sudah tentu. Saya berada di Medan Rabiatul Adawiyah. Saya di jalan-jalan revolusi. Jika saya bersembunyi, saya tidak akan dapat bercakap dengan anda pada hari ini. Sophie Shevardnadze : Di mana bapa anda sekarang, adakah anda tahu? Osama Mursi : Bapa saya kini berada di lokasi tidak diketahui. Para pemimpin rampasan kuasa ini adalah penjenayah perang. Mereka menahan presiden tanpa apa-apa sebab, presiden yang dipilih secara sah, yang bercakap atas kehendak rakyat, dan sekarang mereka menyembunyikan dia di lokasi rahsia. Apa yang anda boleh harapkan daripada penjenayah perang? Mereka mencabul "sebab-sebab mereka yang telah meninggal dunia" di atas nama revolusi dan Undang-undang. Oleh itu, kami masih tidak tahu di mana ayah saya disembunyikan. Kami tidak tahu di mana dia, tidak tahu mengapa dia ditahan. Sophie Shevardnadze : Adakah anda bimbang akan kehidupannya? Apa yang anda fikir boleh berlaku kepadanya? Osama Mursi : Jurucakap Tentera Ahmed Ali pada dasarnya mengakui bahawa mereka telah menangkap presiden. Kenyataan sedemikian adalah jenaka. Beliau berkata bahawa presiden ditahan bagi menjamin keselamatannya sendiri. Dan untuk ini kami berkata, "Jangan bimbang tentang keselamatan presiden. Biar presiden keluar kepada rakyat dan bercakap dengan mereka. Anda tidak perlu menangkapnya dengan cara tidak berperlembagaan yang pelik ini." Sophie Shevardnadze : Adakah anda tidak takut akan hidupnya? Osama Mursi : Sebagai anaknya saya sudah tentu bimbang mengenai beliau, dan saya takut akan hidupnya. Tetapi sebagai seorang pendukung revolusi, yang melihat beliau sebagai presiden revolusi kami, saya menyeru kepada beliau untuk berdiri teguh, kekal setia dengan idea-idea beliau, dan jangan menyerah kepada para penjenayah perang. Kita semua, bukan sahaja saya, tetapi seluruh ahli keluarga kami, menyokong beliau. Kami menyeru kepada beliau untuk tidak berputus asa dan setia kepada kehendak rakyat. Presiden tidak memiliki kehendak rakyat, beliau tidak boleh berurusan dengannya sebagaimana yang difikirkannya patut. Ini adalah kehendak semua rakyat Mesir. Sophie Shevardnadze : Osama anda kelihatan sangat dekat dengan bapa anda dalam proses ini secara keseluruhan. Adakah ayah anda tidak melihat bahawa rampasan kuasa ini bakal berlaku? Terdapat tanda-tanda yang rakyat Mesir mahukan kerajaan yang lebih inklusif dan masyarakat yang inklusif. Dan Tentera Darat telah pun memberi amaran kepada Mursi . Osama Mursi : Anda boleh bertanya soalan ini kepada Presiden Mesir, apabila dia kembali ke pejabat beliau melalui usaha revolusi secara besar-besaran. Dia akan dapat memberikan jawapan yang lebih baik. Saya tidak tahu bagaimana teknik mentadbir. Sophie Shevardnadze : Tetapi apa pendapat anda tentang itu? Anda anaknya, sekutu beliau. Osama Morsi : Saya hanya anak presiden. Saya bukan salah seorang daripada mereka yang membuat keputusan-keputusan penting. Saya tidak tahu apa yang mereka bincangkan dalam mesyuarat presiden, walaupun saya anaknya. Sophie Shevardnadze : Ini adalah satu soalan yang sangat peribadi. Datuk saya telah dipecat oleh revolusi. Dan saya selalu memberitahu beliau apa yang saya fikirkan walaupun saya tidak mengambil bahagian dalam mesyuarat presiden. Osama Morsi : Saya pasti akan menjawab soalan ini. Presiden Mursi mengabaikan rampasan kuasa ini kerana dia kenal dengan baik keadilan dan kehendak rakyat Mesir yang lebih kuat daripada mana-mana kereta kebal, lebih kuat daripada rampasan kuasa tentera dan penjenayah yang menganjurkannya. Presiden sah Mesir berulang kali berkata bahawa beliau percaya dalam erti kata biasa, visi pandangan, kebijaksanaan orang Mesir. Selain itu, Presiden tahu bahawa rakyat di seluruh negara akan semakin tidak setuju. Dan perkara ini dapat kita lihat sedang berlaku sekarang ini : protes revolusi secara besar-besaran menentang rampasan kuasa dan penentangan terhadap kehendak rakyat yang diabaikan. Sophie Shevardnadze : Tetapi sekarang penyokong kelihatan seperti berpecah kepada 50-50 antara penyokong Morsi dan rakyat yang mahu dia dipecat. Menurut penyelidikan pendapat umum, 59% berfikir negara ini akan menjadi lebih baik dengan kuasa tentera. Osama Mursi : Ini adalah petanda yang sangat baik bahawa pemerintahan Muhammad Mursi adalah demokratik. Dalam demokrasi, anda mempunyai kedua-dua rejim pemerintah dan pembangkang. Tetapi dalam kes dimana angkatan tentera mengambil alih pendirian politik adalah sesuatu yang belum pernah berlaku. Ini adalah satu tanda pasti pengambil alihan tentera. Sophie Shevardnadze : Bagi menghormati semua, tiada keraguan lagi bahawa Mursi mempunyai ramai penyokong. Tetapi dalam tempoh masa yang singkat, majoriti penyokong bertukar menentangnya. Ini bukan tentang tentera, tetapi tentang rakyatnya. Osama Mursi : Dalam demokrasi, perbezaan dan konfrontasi politik seperti biasanya akan diselesaikan melalui pilihan raya dan bukannya kereta kebal. Adakah terdapat mana-mana demokrasi yang di mana komander tentera mengabaikan kehendak rakyat dan menggulingkan presiden secara haram? Rampasan kuasa ini sebenarnya jenayah yang dilakukan oleh angkatan tentera Mesir. Sophie Shevardnadze : Osama, ramai yang mempercayai bahawa Ikhwan Muslimin telah gagal bukan kerana faktor agama, tetapi kerana ia tidak mempunyai rancangan politik, rancangan ekonomi. Adakah anda mengakui bahawa dia telah membuat kesilapan? Osama Mursi : Saya percaya satu-satunya cara untuk menyelesaikan perbezaan politik adalah melalui pilihan raya demokratik. Mungkinkah menteri pertahanan Rusia, atau Amerika, atau British menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi hanya kerana ada satu kumpulan pembangkang membantah di jalan-jalan? Tidak, Ia adalah mustahil. Revolusi Mesir telah menang, dan dia dilantik kerana dia adalah kehendak rakyat. Yang masih kukuh. Kami, Mesir, membuat pilihan kami. Rakyat Mesir memilih kerajaan mereka sendiri. Kehendak rakyat. Sophie Shevardnadze : Tetapi Osama, anda telah memanggil penyokong anda untuk keluar di jalan-jalan dan berjuang. Ia membawa kepada pertumpahan darah. Lebih ramai orang meninggal dunia dalam kejadian baru-baru ini berbanding tahun keseluruhan di bawah Mursi. Osama Morsi : Ini adalah salah sama sekali! Salah sama sekali! Kami mewakili rakyat Mesir dan kami mempertahankan pilihan demokratik dan undi kami. Kami melakukannya secara aman sahaja, saya tegaskan, "secara aman". Kami tidak mengancam sesiapa pun dan kita tidak akan bertolak ansur dengan ancaman. Penjenayah yang mengadakan rampasan kuasa ini bertanggungjawab untuk semua pertumpahan darah di atas jalan-jalan, kerana tidak menghormati kehendak rakyat, dan kerana telah menganiaya rakyat yang cuba untuk mempertahankan undi mereka secara aman. Revolusi Mesir adalah aman sejak hari pertama. Tiada siapa yang mengancam sesiapa. Walau bagaimanapun, orang-orang yang bertanggungjawab ke atas pertumpahan darah dan keganasan adalah penyokong rejim Mubarak, yang menyebabkan Mesir telah melalui satu tempoh yang sukar untuk mengadakan revolusi rampasan kuasa semula dan menafikan segala pencapaian revolusi. Mereka memusnahkan demokrasi kita. Rakyat Mesir tahu siapa yang memilih keganasan. Rakyat melihat dengan jelas siapa yang menyokong demokrasi dan siapa yang mahu merompak mereka daripada itu. Sophie Shevardnadze : Tetapi, disebabkan kini Ikhwan Muslimin telah terkeluar daripada kerajaan baru Mesir. Ikhwan Muslimin enggan bekerjasama. Adakah pendirian untuk tidak berkerjasama ini adalah strategi politik yang sah? Osama Morsi : Ikhwan Muslim tidak bercakap bagi pihak semua rakyat Mesir. Seluruh dunia perlu faham bahawa rakyat Mesir yang keluar di jalan-jalan sekarang. Ikhwan Muslimin hanyalah sebahagian daripada penduduk. Ikhwan Muslimin tidak membuat keputusan bagi pihak rakyat Mesir. Mereka tidak dipilih oleh rakyat, tetapi Presiden Mursi yang dipilih. Orang-orang yang akan termaktub dalam Perlembagaan adalah dokumen yang digubal oleh rakyat, bukan oleh Ikhwan Muslimin. Bukan sahaja Ikhwan, tetapi seluruh Mesir percaya bahawa rampasan kuasa tidak sepatutnya berlaku dari awal lagi, dan kerajaan baru tidak sepatutnya diadakan. Sophie Shevardnadze : Kesudahan yang bagaimana yang membuatkan anda bersedia untuk berperang? Osama Mursi : Rakyat Mesir tidak akan mengiktiraf kerajaan sementara, serta tindakan-tindakan yang dilakukan untuk merosakkan demokrasi. Rakyat Mesir akan berdiri untuk pilihan mereka, walau apa pun yang berlaku. Sophie Shevardnadze : Tetapi apabila berlaku kematian, bilakah anda akan katakan "cukup"? Osama Mursi : Anda harus bertanya soalan ini kepada mereka yang mengatur rampasan kuasa ganas ini. Tanya mereka bila mereka akan meletakkan satu pengakhiran kepada jenayah mereka terhadap rakyat Mesir? Berapa banyak lagi kematian untuk menghentikan ini? Sophie Shevardnadze : Ia pergi kedua-dua cara ... Osama Mursi: Jangan tanya saya bila mereka akan berhenti membunuh kami ... Kami melindungi pilihan pro-demokrasi kami dengan cara yang aman. Tolonglah, Kita semua, rakyat Mesir telah membuat keputusan bahawa kami akan memerintah negara kami sendiri ... melalui pengundian. Ya. Ya. Kini rakyat Mesir bertanya: "Di mana undi saya? Di manakah demokrasi? Bolehkah Ketua Sisi atau tentera Mesir menjawab itu ... " Jadi, sekali lagi. Hanya rakyat Mesir mempunyai hak untuk menentukan siapa yang akan memerintah negara mereka, dan ia perlu ditentukan melalui pilihan raya. Rakyat Mesir akan memutuskan siapa yang menang atau kalah hanya melalui peti undi. Calon yang kalah dalam pilihan raya tidak akan dipilih pada masa depan. Pemenang, bagaimanapun, mungkin akan dipilih untuk penggal kedua. Ini adalah apa yang kita faham dengan demokrasi. Negara mana yang membolehkan pembangkang mengambil kuasa melalui protes dan bukannya dengan memenangi pilihan raya umum? Rakyat Mesir kuat dan jelas mengatakan bahawa demokrasi adalah satu-satunya cara untuk mereka. Rakyat hanya akan taat pada kerajaan yang dipilih. Mereka tidak takut kepada keganasan, pembunuhan, atau penindasan yang dibuat oleh pemberontak. Rakyat Mesir tidak takut dengan pasukan keselamatan. Sophie Shevardnadze : Adakah terdapat faktor asing dalam rampasan kuasa? Osama Mursi : Apa yang saya tahu, ia adalah satu rampasan kuasa anti-demokratik, yang bertujuan untuk membawa Mesir jauh dari jalan "menjadi sebuah negara demokrasi yang dihormati". Apabila rakyat Mesir mengadakan revolusi pada Januari 2011, ia bukan satu revolusi pengemis, mahupun revolusi yang lapar. Ia adalah satu revolusi dicapai oleh orang-orang yang bebas. Dan orang-orang yang bebas adalah orang-orang yang kini membantah di jalan-jalan terhadap rampasan kuasa tidak berperlembagaan, tidak sah dan tidak demokratik ini. Selain itu, semua rakyat Mesir turut membantah rampasan kuasa anti-demokratik, polis-polis kejam dan ganas, yang mungkin akan mengembalikan amalan-amalan yang pernah digunakan oleh Mubarak dan polis rahsianya. Sophie Shevardnadze : Apabila seseorang melihat keadaan di Mesir dari luar, perkara pertama yang sedang dibincangkan - selepas pertempuran - adalah apakah peranan yang dimainkan oleh Amerika Syarikat, dan ia sangat jelas. Anda mungkin tidak tahu, tetapi apakah fikiran anda? Osama Mursi : Dasar AS hanya untuk kepentingan Amerika selama ini. Saya tidak begitu mengambil berat tentang itu. AS menyokong rampasan kuasa tentera di Venezuela, di Mesir, dan beberapa negara lain, apabila ia memberi manfaat kepada negara mereka. Ia adalah satu fakta yang masyhur. Sophie Shevardnadze : Dalam keadaan ini apabila bapa anda dipecat, anda tidak tahu di mana dia, terdapat pertempuran di jalan-jalan. Adakah anda fikir kewarganegaraan AS anda akan menjadi penghalang atau bantuan? Osama Morsi : Amerika bercakap untuk demokrasi dalam media, tetapi pada hakikatnya mereka tidak mempertahankan prinsip-prinsip demokrasi. Dan ia adalah sangat penting bagi rakyat Mesir untuk tidak mengimport demokrasi dari Amerika Syarikat atau beberapa negara lain. Pada 25 Januari 2011, rakyat Mesir telah memutuskan untuk membuat keputusan mengenai masa depan negara mereka. Ketika itu pentadbiran AS tidak mempunyai kedudukan yang jelas mengenai perkara ini. Saya perlu menjelaskan di sini - pertempuran di antara pasukan keselamatan yang menindas dan penunjuk perasaan yang aman. Anda tidak boleh menggunakan istilah perang saudara dalam keadaan ini, ia bukanlah perang saudara di antara rakyat Mesir. Sophie Shevardnadze : Apakah kerakyatan Amerika anda membantu anda atau merosakkan anda sekarang? Osama Mursi : Saya seorang warganegara Mesir, dan saya tidak mempunyai kerakyatan Amerika Syarikat. Salah seorang daripada adik-adik saya adalah warganegara Amerika Syarikat-Dan saya berbangga dengannya. Sophie Shevardnadze : Bagaimana Qatar boleh berpaling menentang anda? Sedangkan mereka adalah penyokong anda. Osama Mursi : Anda boleh meminta pemimpin Qatar menjawab soalan ini. Sophie Shevardnadze : Tetapi adakah anda mempunyai pendapat anda? Osama Morsi : Saya tidak begitu memahami kedudukan Qatar - adakah ia membantu tentera? Saya tidak begitu peduli. Saya hanya mengambil berat tentang kehendak rakyat Mesir. Itu perkara utama. Sophie Shevardnadze : Adakah anda berfikir bahawa senario di Syria akan berlaku di Mesir? Osama Mursi : Sudah tentu tidak. Mesir memahami apa yang sedang berlaku. Tentera Mesir adalah tentera semua orang. Mesir memahaminya. Kami semua hormat itu. Dan tentera Mesir adalah yang dihormati. Ia adalah tentera rakyat yang mempunyai sejarah yang besar. Rakyat kita memahami perbezaan antara tentera secara keseluruhannya dan beberapa komander tentera yang menganjurkan rampasan kuasa. Sumber : RT #mesirkini
Posted on: Thu, 25 Jul 2013 21:31:50 +0000

Trending Topics



o share with you the beta version

Recently Viewed Topics




© 2015