Terdengar bunyi bising di bilik air. Terus terjaga, melihat jam di - TopicsExpress



          

Terdengar bunyi bising di bilik air. Terus terjaga, melihat jam di phone, 4.30 pagi! Khawlah! Buat apa di bilik air.. Khawlah, buat apa tu.. Gigi..., oh, maknanya dia sedang mencari berus dan ubat gigi. Habis semua berus dan ubat gigi saya dan Nabeela Akrasha dipegangnya. Terus saya mencapai ubat gigi khas untuk kanak-kanak dan berus gigi yang tidak digunakan. Rambutnya basah seakan baru sudah mandi. Kemudian, saya perasan yang sejadah saya tiada di tempat asal. Khawlah, mana sejadah kakak? Terus dia mengambilnya dari biliknya. Okay terima kasih.. Mana satu lagi? Takmaw.. Khawlah, bagi balik..kakak punya tu.. Solat.., okay maksudnya dia nak guna untuk solat! Oh okay.., jawab saya ringkas penuh insaf. Huhu Khawlah Nour, adik bongsu yang istimewa, sedari lahir ditakdirkan punya sakit jantung berlubang dan down syndrome. Sekarang sudah mencecah umur 15 tahun. Selama inilah ubat kerap dan sentiasa dimakan. Malam semalam, dia jumpa mak, dia pegang dada dia, katanya sakit... Lepas tu dia sebut doktor... Maknanya dia nak jumpa doktor. Mak terus pegang dada dia, mak urut-urut. Kata mak, laju benar degupan jantungnya.. Hobi dia mendengar radio ikim.fm. Kalau tak dengar, nanti dia kacau orang buat kerja. Campak barang la, buang air atas katil la, buat sepah ruang tamu, barangkali mahukan perhatian. Kelebihan dia, dia mampu mengingat setiap bait-bait yang sentiasa diulang di radio ikim! Kadang, waktu kami sedang bertadarus Al-Quran selepas isya, dia mampu mengikut sedikit dengan sebutan dia yang kami fahami. Telinganya sentiasa basah dengan alunan itu. Moga radio ikim tidak lekang dari menyiarkan bacaan ayat-ayat al-Quran. Bapak kata, kalau dia normal macam orang lain ni, dia lagi hebat dari abang kakak dia yang hafaz al-Quran. Allah.. Hatinya suci bersih, jaminan syurga buatnya.. Mak, adalah orang yang paling banyak sabar dengan kerenah dia.. Mohon doa buat adik bongsu saya ini, agar dipanjangkan umur menemani kami sekeluarga hingga memimpin kami ke syurgaNya..
Posted on: Mon, 27 Jan 2014 03:13:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015