Tips - Rancang Bajet Kahwin Dengan Betul Untuk Elak Beban.Adakah - TopicsExpress



          

Tips - Rancang Bajet Kahwin Dengan Betul Untuk Elak Beban.Adakah bajet kahwin anda membebankan? Disini kami sediakan tip-tip yang boleh diguna pakai untuk mengurangkan beban. 1) Nilai Kemampuan Bajet Anda Pastikan bajet perkahwinan adalah didalam lingkaran kemampuan anda. Memang semua orang mengimpikan majlis yang meriah dan hebat namun bajet mestilah menjadi keutamaan. Berbincanglah bersama pasangan tahap kewangan anda dan buatlah keputusan bersama tentang bajet yang akan dikeluarkan. Majlis yang sederhana dan meriah adalah lebih baik daripada majlis yang hebat tetapi dibebani hutang atau pokai selepas majlis. Bak kata pepatah ‘ukur baju badan sendiri’, jangan menyesal dikemudian hari. 2) Berkongsi Simpanan Salah satu cara bagi mengurangkan rasa beban ialah berkongsi simpanan bersama pasangan. Wujudkan satu akaun simpanan dan rancang berapa nilai simpanan yang perlu dibuat setiap bulan serta berdisiplin dalam usaha menyimpan wang. Ingat-mengingat antara satu sama lain. Ini secara tidak langsung mewujudkan rasa tanggung jawab dan kepercayaan yang tinggi sebelum hidup bersama di alam rumah tangga. 3) Bandingkan Sebut Harga Dapatkan beberapa sebut harga untuk setiap perkhidmatan dari pakar-pakar yang berkaitan. Bandingkan harga serta pakej-pakej yang ditawarkan. Nilai dengan bijak yang mana lebih sesuai dengan budget anda serta menguntungkan. Seandainya harga tidak menjadi masalah, bandingkan pula pakar mana yang lebih menepati konsep yang anda inginkan serta lebih mesra atau mudah untuk bekerjasama. 4) Senarai Mengikut Keutamaan Senarai dan agihkan bajet setiap perbelanjaan mengikut keutamaan. Seandainya tiba-tiba bajet menjadi halangan, anda tahu yang mana perlu didahulukan dan yang mana boleh diketepikan. Setidak-tidaknya kamu ada pelan konjensi bagi menjimatkan perbelanjaan dan mengelakkan pembaziran. 5) Kehendak atau keperluan Sekiranya bajet anda agak terhad, pastikan apa yang anda mahu itu adalah kehendak atau keperluan. Sebagai penjimatan, dahulukan keperluan bukan kehendak. Contohnya pemilihan sajian makanan, pilihlah menu seperti ayam masak merah dan daging masak kurma sebagai keperluan. Tetapi seandainya bajet melebihi bolehlah tambah ayam golek atau kambing ‘gear box’ sebagai kehendak. Semuanya bergantung kepada kemampuan bajet anda. 6) Pembelian Secara Berperingkat Perancangan dari awal membolehkan anda membuat pembelian dengan cara berperingkat. Ini akan memudahkan serta mengurangkan beban kewangan. Namun pembelian anda haruslah terancang dan tidak melebihi kemampuan yang telah tetapkan diperingkat awal. 7) Minta Nasihat Pakar Atau Orang Berpengalaman. Persiapan perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ini merupakan pengalaman pertama anda sebagai pasangan mempelai. Perunding perkahwinan merupakan pakar yang biasa menguruskan majlis-majlis perkahwinan dari sebelum majlis sehingga selepas majlis. Oleh itu mintalah nasihat dari pakar atau orang-orang yang berpengalaman. Mereka boleh membantu anda dari segi khidmat nasihat bersesuaian dengan budget anda. 8) Bandingkan Kos Sebenar Buatlah perbandingan diantara bajet awal anda dengan kos yang sebenar. Lakukan pengiraan sebaik mungkin dan selalu membuat semakan supaya bajet sentiasa terkawal. Dengan penilaian yang teliti anda boleh mengetahui samada perbelanjaan anda menepati atau melebihi kemampuan. Bertindaklah dengan bijak kerana perancangan yang betul boleh membantu anda merealisasikan impian perkahwinan terhebat setimpal dengan bajet anda. Apapun bersyukurlah dengan apa yang anda mampu. rbeccacookies.blogspot/2013/02/tips-rancang-bajet-kahwin-dengan-betul.html
Posted on: Tue, 03 Sep 2013 08:51:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015